ywAAAAAAQABAAACAUwAOw==ywAAAAAAQABAAACAUwAOw==

Pelakon dan penerbit, Datuk Rosyam Nor mengakui berang dan terkilan dengan fitnah yang dikeluarkan pihak tidak bertanggungjawab mengenai dirinya dengan isu penceraian pasangan selebriti, Fattah Amin dan Nur Fazura.

Artikel Berkaitan: Bell Ngasri Akui Gelabah Bakal Disaman, Lega Rosyam Nor Tahu Situasi Sebenar – ‘Saya Ini Penakut Sikit’

Artikel Berkaitan: Rosyam Nor Bakal Ambil Tindakan Undang-Undang, Difitnah Beri Nasihat ‘Pedas’ Buat Fattah Amin – ‘Aku Seret Korang Pergi Mahkamah’

Jejas Kerjaya

ywAAAAAAQABAAACAUwAOw==ywAAAAAAQABAAACAUwAOw==

Ketika ditemui OhBulan!, pemilik nama Mohamed Noor Shamsuddin berkata, isu fitnah tersebut juga telah menjejaskan karier dan nama baiknya sebagai seorang selebriti.

Saya tengah marah, mereka perlu ingat saya ada keluarga, besan, menantu dan cucu. Semua terpalit sebab fitnah mereka.

(Fitnah ini) sudah tentu menjejaskan nama saya.

Saya ada kredibiliti dan ada beberapa jenama yang saya sedang bekerjasama ketika ini.

Kadang-kadang orang terlalu percaya dengan apa sahaja yang keluar di media sosial.

Rosyam berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada sesi sidang media Famili Duo Musim Ke-4 (FD4) yang diadakan di GMBB, Jalan Robertson, Bukit Bintang pada Ahad.

Nak beri pengajaran

ywAAAAAAQABAAACAUwAOw==ywAAAAAAQABAAACAUwAOw==

Dalam pada itu, pelakon filem ‘KL Menjerit’ akan meneruskan tindakan undang-undang terhadap pihak yang mengeluarkan kata-kata berbaur fitnah tersebut.

Bila berlaku kisah rumah tangga antara Fattah dan Fazura yang saya anggap macam adik sendiri. Tapi bila ada tangan nakal yang membabitkan saya dalam isu itu kononnya saya buat kenyataan berkenaan perkara itu.

Mula-mula saya tak mahu ambil peduli, tapi bila semua cakap kenapa saya hendak masuk campur dan merebak hingga jadi teruk sedangkan saya tidak pernah keluarkan sebarang kenyataan.

Sebab itu saya ambil tindakan undang-undang dengan membuat laporan polis di Balai Polis, Jalan Pudu, Kuala Lumpur. Saya nak ‘clear’kan nama saya.

Esok (Isnin), saya akan bersama pegawai penyiasat untuk teruskan kes ini dan cari lagi berapa ramai lagi yang menggunakan nama saya untuk memburukkan saya. Saya akan seret mereka ke mahkamah.

Saya harap tindakan saya ini akan membuka mata masyarakat. Bukan semua netizen begitu, hanya segelintir yang tidak mahu memahami dan buat hantaran memfitnah.

Ada Yang Minta Maaf

ywAAAAAAQABAAACAUwAOw==ywAAAAAAQABAAACAUwAOw==

Sementara itu, pelakon berusia 57 tahun memaklumkan ada pihak yang tampil menghantar mesej membuat permohonan maaf kepadanya.

Ada seorang ini dia daripada Kedah, mesej saya mohon maaf pada saya dari hujung rambut sampai ke hujung kaki.

Tetapi saya akan berbincang dulu dengan pihak peguam saya mengenai perkara ini samada nak maafkan atau tidak.

Saya tak boleh berikan jawapan.

Terdahulu, Rosyam selesai membuat laporan polis berhubung tindakan beberapa individu yang didakwa menyebarkan kenyataan palsu berkaitan dirinya.

Sebelumnya, pelakon berusia 57 tahun turut berkongsi paparan skrin kenyataan yang kononnya telah memberi nasihat ‘pedas’ kepada Fattah Amin berhubung perceraiannya dengan pelakon, Nur Fazura.

Tindakan yang tidak bermoral itu sedikit sebanyak telah mencalarkan nama baiknya sebagai seorang bergelar selebriti.





Source link

-50%
Komik Mama Saya Nak Jadi Baik | BUKU RM1 | Goodies Idea | Reward For Kids | Buku Murah | Doorgift
Shopee.com.my
5.0
RM0.98 RM1.96
Komik Mama Saya Nak Jadi Baik | BUKU RM1 | Goodies Idea | Reward For Kids | Buku Murah | Doorgift
-1%
Buku Cerita Kanak kanak Siri Saya Sayang Nabi Buku Aktiviti Buku Kisah Nabi ANA MUSLIM
Shopee.com.my
4.9
RM5.85 RM5.91
Buku Cerita Kanak kanak Siri Saya Sayang Nabi Buku Aktiviti Buku Kisah Nabi ANA MUSLIM
-33%
DWIBAHASA - 1000 Perkataan Pertama Saya - My First Word - Kamus Bergambar
Shopee.com.my
5.0
RM19.99 RM29.84
DWIBAHASA - 1000 Perkataan Pertama Saya - My First Word - Kamus Bergambar
KOLEKSI LENGKAP SIRI SAYA SAYANG NABI ANA MUSLIM - BUKU 2-IN-1 (CERITA + AKTIVITI) | PENDIDIKAN ISLAM - SIRAH RASUL
Shopee.com.my
5.0
RM5.90
KOLEKSI LENGKAP SIRI SAYA SAYANG NABI ANA MUSLIM - BUKU 2-IN-1 (CERITA + AKTIVITI) | PENDIDIKAN ISLAM - SIRAH RASUL
-5%
[READY STOCK] JOM KENALI SAYA HAIWAN COMEL SET - versi BM (bedtime stories) - buku cerita kanak-kanak pelbagai haiwan
Shopee.com.my
4.9
RM4.75 RM5.00
[READY STOCK] JOM KENALI SAYA HAIWAN COMEL SET - versi BM (bedtime stories) - buku cerita kanak-kanak pelbagai haiwan
-17%
Mind To Mind BUKU CERITA DONGENG KEGEMARAN SAYA ( CETAKAN BESAR ) [BUKU KANAK-KANAK ]
Shopee.com.my
5.0
RM3.89 RM4.69
Mind To Mind BUKU CERITA DONGENG KEGEMARAN SAYA ( CETAKAN BESAR ) [BUKU KANAK-KANAK ]
-26%
Buku Kamus Bergambar - 1000 PERKATAAN PERTAMA SAYA - Buku Cerita - Buku suku kata - Buku kanak kanak - Buku Membaca
Shopee.com.my
5.0
RM18.50 RM25.00
Buku Kamus Bergambar - 1000 PERKATAAN PERTAMA SAYA - Buku Cerita - Buku suku kata - Buku kanak kanak - Buku Membaca
-10%
Siri Saya Sayang Nabi Ana Muslim Kisah Nabi dan Rasul - 11 buah buku
Shopee.com.my
5.0
RM5.31 RM5.90
Siri Saya Sayang Nabi Ana Muslim Kisah Nabi dan Rasul - 11 buah buku

Leave a Reply