KOTA KINABALU – Parti Maju Sabah (SAPP) mengambil keputusan secara rasmi menarik diri daripada gabungan politik Perikatan Nasional (PN).

Presidennya, Datuk Seri Yong Teck Lee berkata, keputusan itu dibuat pada mesyuarat Majlis Tertinggi SAPP pada 23 November lalu dan ibu pejabat PN telahpun dimaklumkan secara rasmi mengenai perkara itu.

“Jelas dilihat bahawa PN ingin bertanding dalam pilihan raya Sabah yang akan datang, satu pendirian yang bertentangan dengan pendirian dan dasar SAPP.

“Selama ini SAPP menyatakan bahawa semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah hanya ditandingi oleh parti-parti tempatan Sabah,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Tegas Teck Lee lagi, pendirian SAPP selaras dengan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan autonomi Sabah.

“Kami tidak boleh berkompromi dengan komitmen kami untuk memastikan bahawa pilihan raya bagi DUN Sabah kekal di bawah bidang kuasa parti-parti tempatan, bebas daripada campur tangan parti-parti yang berpusat di Semenanjung.

“Akan tetapi desakan PN untuk meletakkan calon daripada parti-parti Malaya (semenanjung) dalam pilihan raya Sabah secara langsung sangat bertentangan dengan prinsip asas ini, sedangkan SAPP cadangkan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bertanding di 73 kerusi.

“Sebenarnya, salah satu usul utama yang telah kami kemukakan kepada Majlis Tertinggi GRS untuk dipertimbangkan ialah autonomi Sabah, iaitu GRS harus meletakkan calon di semua 73 kerusi DUN,” katanya.

Beliau yang juga bekas Ketua Menteri Sabah berkata, ia penting dalam menegakkan hak Sabah di bawah MA63 dan mencerminkan aspirasi rakyat Sabah yang kuat untuk sebuah kerajaan yang mengamalkan sistem persekutuan sejati.

Source link

SAPPE healthy Beauty drink-New looks Halal Chlorophyll curcumin
Shopee.com.my
5.0
RM5.20
SAPPE healthy Beauty drink-New looks Halal Chlorophyll curcumin
Sappe Beauti COLLASKIN COLLAGEN 2000 MG 360 ml.halal
Shopee.com.my
5.0
RM5.00
Sappe Beauti COLLASKIN COLLAGEN 2000 MG 360 ml.halal
Beauti Drink / Sappe Beauty Collagen Drink For Women Thailand Halal
Shopee.com.my
RM7.99

Leave a Reply