KUCHING – Permintaan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor agar Sarawak menanggung sebahagian kos untuk menghantar kontinjen negeri itu ke Sukan Malaysia (Sukma) XXI Sarawak 2024 hanyalah gurauan.

Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, perkara itu dimaklumkan Sanusi kepadanya dalam pertemuan mereka, semalam.

“Kita tahu beliau (Sanusi) suka bergurau, beliau bergurau saja.

“Beliau sendiri pun maklum kepada saya semalam yang beliau bergurau saja. Tiada masalah antara Sarawak dan Kedah,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Jawatankuasa Induk SUKMA XXI Sarawak 2024 di sini, hari ini.

Karim menambah, Sanusi turut memaklumkan kepadanya bahawa Kedah akan menghantar lebih 500 orang atlet.

Pada 10 Julai lepas, Sanusi berharap Sarawak menanggung sebahagian kos untuk menghantar kontinjen negeri itu bagi meringankan beban ditanggung termasuk tiket perjalanan dan membawa peralatan.

Sementara itu, Karim berkata, acara yang dipertandingkan dalam temasya SUKMA XXI Sarawak 2024 dikurangkan daripada 488 kepada 487 acara daripada 37 jenis sukan, dengan melibatkan seramai 7,801 atlet berdaftar dalam senarai pendek yang telah tutup pada 5 Julai lalu.

Beliau berkata ia disebabkan acara sepak takraw wanita beregu berpasukan digugurkan berikutan penyertaan kurang daripada enam negeri, ketika hanya berbaki 32 hari sahaja untuk temasya itu bermula. – KOSMO! ONLINE

Source link

40 HADIS TENTANG KEMULIAAN WANITA OLEH PROF MADYA DR. AHMAD SANUSI AZMI
Shopee.com.my
4.9
RM35.00

ZBH. Kritikan Orientalis terhadap al-Quran. Ahmad Sanusi Azmi
Shopee.com.my
5.0
RM40.00
ZBH. Kritikan Orientalis terhadap al-Quran. Ahmad Sanusi Azmi
ZBH. Terjemahan Kitab al-Muqaddimat al-'Aqidah al-Wusta al-Imam al-Sanusi. Muhammad Ayman al-Akiti
Shopee.com.my
4.9
RM80.00

[Ready Stock] 40 Hadis Tentang Dakwah dan Tarbiah oleh Dr. Ahmad Sanusi [My #HadithTime]
Shopee.com.my
5.0
RM25.00

Leave a Reply