Baru-baru ini, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menyatakan badan induk sedia membayar gaji tinggi walaupun mencecah angka RM200,000 untuk mendapatkan khidmat jurulatih berkualiti.

Menerusi Timbalan Presidennya iaitu Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi, soal gaji bukan masalah utama kerana lebih penting adalah jurulatih itu dapat memenuhi sasaran membawa skuad Harimau Malaya ke peringkat lebih tinggi.

ywAAAAAAQABAAACAUwAOw==

Baca Juga:

“Bukan soal gaji kerana kita mahukan jurulatih yang boleh membawa kita ke satu tahap yang lain. Kalau kita ada (jurulatih) gaji RM100,000 sebulan tetapi tak boleh ke mana, baik kita bayar gaji RM200,000 sebulan tetapi boleh bawa kita (pergi) jauh.

“Kadangkala kita kena berbelanja juga untuk skuad kebangsaan, kita pun lihat beberapa (jurulatih) tunjukkan minat untuk membantu pasukan negara jadi kita perlu bersedia.

“Mahu atau tak mahu, kita kena juga berbelanja untuk mendapatkan keputusan yang baik,” kata Yusoff dipetik dari laporan Berita Harian.

Perkara ini lantas mendapat kritikan dari peminat dimana rata-rata dari mereka menganggap langkah ini tidak masuk akal dan tidak akan menyelesaikan masalah yang dialami oleh pasukan kebangsaan.

Peminat mahu FAM untuk memperkasakan bola sepak di peringkat akar umbi dan memastikan ekosistem liga yang sihat bagi memastikan skuad kebangsaan dibarisi oleh pemain yang berkualiti berbanding membazirkan wang untuk mendapatkan ketua jurulatih yang bergaji tinggi.

Jumlah kelab dalam saingan yang semakin lama semakin sedikit, pasukan menghadapi masalah kewangan sekaligus menyebabkan gaji pemain tertunggak dan fasiliti yang belum mencukupi merupakan masalah yang perlu diselesaikan terlebih dahulu oleh badan induk bola sepak negara.

Dalam masa yang sama, ada peminat yang menggesa agar barisan kepimpinan FAM yang perlu ditukar memandangkan mereka juga bertanggungjawab ke atas prestasi skuad kebangsaan.

Sejak berpisah dengan Kim Pan-gon, beberapa jurulatih dikaitkan dengan posisi tersebut antaranya bekas pengendali skuad kebangsaan Vietnam iaitu Park Hang-seo.

Ketika ini, bekas pembantu Pan-gon iaitu Pau Marti Vicente diberi tanggungjawab untuk mengendalikan pasukan negara dalam siri perlawanan persahabatan antarabangsa dan juga saingan Piala AFF Mitsubishi Electric pada hujung tahun ini.





Source link

(PRE♥️ NOVEL) Aku Sanggup - HANI FAZUHA
Shopee.com.my
5.0
RM45.00
(PRE♥️ NOVEL) Aku Sanggup - HANI FAZUHA
NewNOVEL LE Hard Cover Novel Aku Sanggup by Hani Fazuha
Shopee.com.my
5.0
RM80.00
NewNOVEL LE Hard Cover Novel Aku Sanggup by Hani Fazuha
NOVEL MELAYU PRELOVED HANI FAZUHA AKU SANGGUP HATI KALA CINTA YANG BERNAMA CINTA SELIMUT MALAM YANG DIA PILIH SAKITNYA
Shopee.com.my
4.9
RM25.00
NOVEL MELAYU PRELOVED HANI FAZUHA AKU SANGGUP HATI KALA CINTA YANG BERNAMA CINTA SELIMUT MALAM YANG DIA PILIH SAKITNYA
(Used Novel) Aku Sanggup by Hani Fazuha
Shopee.com.my
RM45.00
(Used Novel) Aku Sanggup by Hani Fazuha
BARUHARD COVER AKU SANGGUP KARYA HANI FAZUHA
Shopee.com.my
RM78.00
BARUHARD COVER AKU SANGGUP KARYA HANI FAZUHA
Aku Sanggup - Hani Fazuha (Hardcover)
Shopee.com.my
RM55.00
Aku Sanggup - Hani Fazuha (Hardcover)
(PRELOVED) aku sanggup by hani fazuha
Shopee.com.my
RM60.00
(PRELOVED) aku sanggup by hani fazuha
Aku sanggup - hani fazuha preloved
Shopee.com.my
RM59.00
Aku sanggup - hani fazuha preloved

Leave a Reply