Dilaporkan bahawa Samsung mungkin berminat untuk mengakuisisi perniagaan infrastruktur rangkaian mudah alih Nokia. Perbincangan dipercayai sedang dijalankan antara Nokia dan Samsung mengenai kemungkinan penjualan ini, dan jika akuisisi ini terjadi, ia akan memberikan kelebihan kepada gergasi teknologi Korea dalam pasaran infrastruktur rangkaian global.

Menurut laporan Bloomberg, Samsung khususnya berminat untuk membeli bahagian peralatan telekomunikasi Nokia. Gergasi Finland ini telah menghadapi cabaran dalam bersaing dengan pemain industri lain seperti Ericsson dan Huawei dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Oleh itu, syarikat kini terpaksa meneroka pelbagai pilihan, termasuk kemungkinan untuk menjual atau menggabungkan bahagian peralatan telekomunikasinya.

NEW-Samsung-Acquiring-Nokia-telco
Imej: GSMArena

Samsung Electronics telah menghasilkan stesen asas 4G dan 5G, chipset, peranti, radio, dan peralatan teras. Ia juga menyuport pengendali rangkaian mudah alih di seluruh dunia, termasuk Telus di Kanada, O2 di Jerman, Reliance Jio di India, KDDI dan NTT DoCoMo di Jepun, Dish dan Verizon di AS, serta Vodafone di UK.

Walaupun Nokia belum membuat keputusan muktamad – dan tidak menerima sebarang pertanyaan dari pihak media – bahagian peralatan telekomunikasinya dianggarkan bernilai sekitar US$10 bilion (~RM43.5 bilion).

NEW-Samsung-Acquiring-Nokia-telco
Imej: Bloomberg

Samsung Networks, anak syarikat Samsung Electronics, kini berada di belakang Ericsson dan Huawei dalam sektor infrastruktur rangkaian telekomunikasi global. Sekiranya Samsung berjaya mengakuisisi perniagaan rangkaian mudah alih Nokia, bahagian pasaran RANnya boleh meningkat dari 6.1% tahun lepas ke 25.6%, yang berpotensi menjadikan Samsung sebagai pembekal RAN kedua terbesar di dunia.

(Sumber: SamMobile, Bloomberg, RCR Wireless

Ikuti kami di Instagram, Facebook, Twitter atau Telegram untuk kemas kini dan berita terkini. 






Source link

Leave a Reply