Kerjasama Samsung-Google: Circle to Search kini hadir untuk lebih ramai pengguna Galaxy
Samsung Electronics Co., Ltd. hari ini mengumumkan pelancaran Circle to Search[1] bersama Google untuk beberapa model [2], menandakan langkah seterusnya dalam menjadikan AI mudah diakses bagi lebih ramai pengguna Galaxy. Kerjasama ini menunjukkan komitmen berterusan Samsung dan Google dalam memberikan teknologi mudah alih terbaik kepada semua orang. Selepas Circle to Search dilancarkan untukmodel Galaxy A terpilih, pengalaman carian inovatif ini kini juga boleh dinikmati pada model Galaxy Tab S9 FE, yang memberikan dimensi baru kepada pencarian dengan skrin besar dan Galaxy S Pen.
Sejak diperkenalkan pada siri Galaxy S24, Circle to Search telah menjadi kegemaran ramai kerana menawarkan cara baru untuk meneroka yang lebih dari sekadar kaedah pencarian biasa. Dengan pengembangan kepada lebih banyak peranti Galaxy, termasuk Galaxy Z Flip6 dan Z Fold6, Circle to Search terus berkembang untuk meningkatkan kebergunaan dan kemudahan penggunaannya, termasuk ciri terjemahan halaman penuh, bantuan kerja rumah, serta imbasan QR dan kod bar. Sekarang, dengan Circle to Search pada Galaxy A series dan Galaxy Tab S9 FE series, kami memberikan kemampuan untuk bertanya lebih banyak soalan kompleks kepada lagi ramai pengguna Samsung.
“Pembaruan ini membuka peluang baru untuk Galaxy A series dan Galaxy Tab S9 FE series, serta menegaskan komitmen kami untuk menyediakan teknologi terkini kepada lebih ramai pengguna Galaxy,” ujar TM Roh, Presiden dan Ketua Perniagaan eXperience Mudah Alih di Samsung Electronics. “Kami bertekad untuk membawa teknologi AI terbaik kepada lebih ramai orang, membolehkan pengguna bekerja dengan lebih cekap, berkreasi dengan lebih bebas, dan menikmati interaksi yang lebih kaya dan diperibadikan dengan peranti mereka.”
Circle to Search1 adalah cara baru untuk mencari apa sahaja hanya dengan satu gerakan – tanpa perlu beralih aplikasi. Apabila Circle to Search diaktifkan, pengguna hanya perlu melingkari, menandakan, atau mengetuk mana-mana bahagian skrin untuk memilih teks, gambar, atau video yang ingin mereka cari. Ciri ini — hasil kerjasama mendalam dengan Google — menggambarkan komitmen syarikat untuk keterbukaan dan kerjasama. Dengan hasil yang diperkaya oleh AI yang menawarkan maklumat dan konteks yang kaya, Circle to Search membawa pengalaman pencarian ke tahap yang lebih mudah dan menarik.
Untuk maklumat lanjut tentang Galaxy A series dan Galaxy Tab S9 FE series, sila layari:
[1] Circle to Search memerlukan sambungan internet. Caj data mungkin dikenakan. Ciri Circle to Search mesti diaktifkan. Mungkin tidak berfungsi pada semua elemen visual. Penapis Google SafeSearch terpakai.
[2] Akan dilancarkan mulai Ogos 2024 untuk model berikut: Galaxy A55, A54, A35, dan A34. Kesediaan kemas kini Circle to Search mungkin berbeza mengikut model peranti dan pasaran.