Samsung kini sedang mengerjakan Galaxy A36 yang sudah tentu merupakan pengganti kepada Galaxy A35 yang dilancarkan pada bulan Mac. Hari ini, sebuah prototaip A36 telah menjalani beberapa ujian di Geekbench, dan ini mendedahkan bahawa Samsung sedang menguji peranti ini dengan Android 15.
Versi ini baru sahaja dilancarkan oleh Google untuk peranti Pixel mereka semalam, tetapi Samsung dijangka baru akan mengeluarkannya tahun depan bersama Galaxy S25 yang akan tiba pada bulan Januari. Ini bermakna Galaxy A36 mungkin akan dilancarkan selepas itu, jika ingin berjalan di atas Android 15 dari awal, yang dibuktikan dengan ujian yang sedang dilakukan.
Memandangkan Galaxy A16 5G yang baru dilancarkan ada janji untuk mendapatkan enam kemas kini utama Android, A36 juga harus membawa janji yang sama. Jika ia mempunyai Android 15 dari awal, bermakna ia akan berakhir dengan Android 21!
Galaxy A36 akan dikuasakan oleh Snapdragon 6 Gen 3 atau Snapdragon 7s Gen 2, bergantung kepada GPU-nya. Prototaip yang diuji hari ini mempunyai 6GB RAM, tetapi mungkin ada lebih banyak pilihan apabila dilancarkan. Menariknya, Galaxy A35 menggunakan SoC Exynos 1380 dari Samsung, jadi A36 beralih kepada pembekal lain untuk chipsetnya.