Khabar angin mengatakan Samsung mungkin akan meninggalkan seni bina GPU RDNA AMD dan kembali menggunakan grafik terpadu buatan sendiri untuk Exynos SoC-nya. Mengenai bila itu boleh berlaku, ia mungkin akan berlaku dari tahun 2026 ke hadapan.
Khabar angin itu pada mulanya bermula dengan kiriman Roland Quandt (@rquandt) yang mengatakan bahawa bermula dari tahun 2026, Samsung akan mengubah kembali SoC Exynos-nya untuk menggunakan reka bentuk GPU dalaman sendiri, setelah perjanjian di antara mereka dan AMD tamat pada tahun depan. Bagi mereka yang tidak tahu, SoC Exynos 2200 dan 2400 yang wujud sekarang dilengkapi dengan inti grafik terpadu Xclipse 920 dan 940 masing-masing. Kedua-duanya didorong dan direka berdasarkan seni bina GPU RDNA AMD, yang pertama didasarkan pada inti RDNA2 dan yang terakhir pada inti RDNA3.
Erm… jadi terdapatlah S5E9945 betul? (Exynos 2400)
Dan kemudian terdapat S5E9955, yang menyusul selepas itu.
Exynos 2400 mempunyai GPU AMD. Kemudian, penerusnya juga akan memiliki GPU AMD, rupanya.Seterusnya, pada tahun 2026, Samsung nampaknya bertujuan untuk mengeluarkan SoC flagship generasi baru yang mempunyai GPU sendiri.
— Roland Quandt (@rquandt) 4 Mei 2024
Chipset Exynos seterusnya, yang dinamakan 2500, dijangkakan akan menampilkan SoC Xclipse 950 yang akan menempatkan GPU RDNA yang belum ditentukan lagi, walaupun spekulasi cenderung ke arah ia sama ada berdasarkan RDNA3.5 atau RDNA4.
Samsung sendiri belum secara rasmi mendedahkan rancangannya untuk GPU Exynos generasi seterusnya, dan walaupun gembira untuk memasuki kerjasama dengan AMD untuk seni bina RDNA-nya, kedua-dua prestasi dan penerimaan chipset oleh ramai tidak begitu bersemangat seperti yang diharapkan. Sebagai bukti, pilihan Samsung untuk menghantar sebilangan besar Galaxy S22 Ultra dengan Snapdragon 8 Gen1 pada tahun 2022 – chipset unggul Qualcomm terbukti lebih berkuasa daripada tawaran raksasa Korea itu – dan unit yang dilengkapi dengan Exynos 2200 terhad kepada pasaran tempat asal jenama iaitu Korea Selatan dan pasaran EU.
Sekali lagi, semua ini hanyalah berdasarkan bisikan dan khabar angin; Samsung telah mengumumkan sambung kontrak lesen GPU dengan AMD pada bulan April tahun lalu tetapi tidak menentukan berapa lamanya ia akan berlangsung. Perjanjian pertama ditandatangani pada tahun 2019 dan berlangsung selama empat tahun, jadi pada dasarnya kita mungkin sedang melihat jangka masa yang sama di antara kedua-duanya.
(Sumber: X, Videocardz, Notebookcheck)
Ikuti kami di Instagram, Facebook, Twitter atau Telegram untuk mendapatkan lebih banyak kemas kini dan berita terkini.