Samsung bakal melancarkan Galaxy Z Fold Edisi Khas tak lama lagi, dan menurut laporan terkini, telefon lipat baru ini akan mempunyai lipatan yang kurang ketara.
Ice Universe ada menyebut ia akan menjadi “lebih baik daripada sebelum ini”, dan penganalisis serta pakar teknologi paparan, Ross Young, menambah ini semua kerana Samsung akhirnya beralih kepada teknologi UFG (Ultra Foldable Glass).
Samsung dijadualkan untuk melancarkan telefon ini pada 25 Oktober. Namun, difahamkan pelancaran mungkin hanya untuk dua pasaran: Korea Selatan dan China.
Telefon ini juga dikenali sebagai Galaxy Fold6 Edisi Khas, akan mempunyai reka bentuk yang hampir serupa dengan Fold6 biasa tetapi lebih nipis. Menurut khabar angin, ia akan berukuran 4.9 mm apabila dibuka dan 10.6 mm apabila dilipat. Kita jangkakan ia akan hadir dengan kamera utama 200 MP, skrin luar 6.5 inci, dan skrin lipat 8 inci.
Sumber