AKTRES cantik Eyka Farhana akhirnya kini bergelar tunang kepada pemain bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid pada 4 Ogos lalu.
Tanpa berkongsi secara terperinci, Eyka atau nama penuhnya Wan Atiqa Wam Sarmizi, 29, hanya memuat naik kapsyen dengan memberi salam kepada tunangnya.
“Masha-Allah Tabarak-Allah, salam tunangku,” tulisnya ringkas menerusi ruangan kapsyen.
Dalam foto yang dikongsi, Eyka dan Akhyar yang hampir lima tahun bercinta ini, manis dengan pakaian warna senada iaitu coklat selain gembira menunjukkan cincin tunang yang diterima daripada pihak lelaki.
Dia juga berkongsi foto sebiji kek dan cincin memaparkan tarikh 4 Ogos 2024 sebagai simbolik hari pertunangan mereka.
Difahamkan majlis tunang Eyka dan Akhyar diadakan secara tertutup yang dihadiri oleh keluarga mereka sahaja.
Perkongsian tersebut seterusnya meraih ratusan ucapan tahniah dan doa daripada netizen termasuk rakan selebriti Nora Danish, Sharnazz Ahmad, Bella Astillah, Mimi Lana, Daiyan Trisha, Sharifah Rose, Nabila Razali, Scha AlYahya, Aisha Retno dan ramai lagi. – WILAYAHKU