Salah satu tarikan ikonik di Setiu, Terengganu! 🌴🫰🏻✨
Kalau bercuti di Setiu, jangan lupa singgah ke Rumah Botol Ayahku yang terletak di Kg Penarik.
Terdapat lebih 25,000 koleksi botol yang dikumpul oleh Tengku Mohd Ali Tengku Mansor atau lebih mesra dengan panggilan Tokki.
Pada awalnya, Tokki sekadar mengutip botol-botol kaca di persisiran pantai kerana tidak mahu berlaku kecederaan khususnya pada anak kecil yang gemar berlari di pantai.
Namun, siapa sangka usaha murni Tokki berubah menjadi salah satu tarikan buat para pelancong di seluruh dunia! ♥️🌎✨
Jangan lepaskan peluang melihat sendiri koleksi-koleksi botol yang disimpan rapi oleh Tokki kerana setiap botol itu mempunyai kisah tersendiri 🫶🏻
Sama-sama kita doakan Tokki dikurniakan kesihatan yang baik & sejahtera. ✨
*kalau korang nak singgah ke sini, disarankan untuk maklum seminggu awal (boleh hubungi no dibawah)
📍Rumah Botol Ayahku, Jalan Penarik-Mangkuk, Kampung Penarik, 21010 Setiu Terengganu
☎️ 013-3990996
Waktu Operasi: 8.30am-12pm / 2pm-4pm
#rumahbotolayahku #rumahbotol #setiuterengganu #TravelDalamNegara #kakitravel
Husaini Salleh Farhana Ezani Nor Azwa
Dotz Kaulan
(y) Alhamdulillah tengok Pokku masih aktif lagi tu..terbaik Pokku