GAMBAR: https://thesun.my/binrepository/400×303/0c0/400d225/none/11808/UEJB/qat25-20012024-piala-asia_3814996_20240121074248.jpg
AL RAYYAN (Qatar): Jurulatih utama Harimau Malaya, Kim Pan Gon mengambil tanggungjawab penuh atas kegagalan Malaysia dalam Piala Asia 2023 selepas pasukan itu kalah 0-1 kepada Bahrain dalam perlawanan Kumpulan E kedua mereka di sini semalam.
Kekalahan di Stadium Jassim Bin Hamad mengakhiri peluang Malaysia untuk mara ke pusingan 16, selepas sebelum ini kalah 0-4 kepada Jordan dalam perlawanan pertama mereka pada hari Isnin.
“Takde apa-apa, ini lah tempat kita berada, mungkin sebagai jurulatih saya salah. Saya terlalu berharap, saya memberi terlalu banyak impian kepada pemain saya kepada orang ramai (rakyat Malaysia), itu masalah saya.
“Takde (salah) dari FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia), dari pemain atau orang ramai, masalah ini adalah masalah jurulatih,” kata individu berusia 54 tahun itu pada sidang media selepas perlawanan di sini, apabila ditanya untuk memberi komen mengenai kekalahan Malaysia selepas perjalanan yang menggembirakan sepanjang pra-final.
Beliau juga mengatakan Malaysia berpeluang untuk mencari imbang, tetapi menekankan bahawa pasukannya gagal mendominasi permainan.
Dalam nada positif, Pan Gon menyatakan bahawa persembahan Malaysia akan memberikan pengalaman berharga kepada para pemain muda yang akan berpeluang untuk bermain dalam kejohanan Piala Asia pada masa depan.
“Bagi saya, jenis rasa ini haruslah menjadi asas untuk pembangunan masa depan. Tetapi sekurang-kurangnya pemain kita menunjukkan kepada orang ramai bahawa mentaliti Malaysia teguh, kuat dan tidak pernah putus asa. Sejak perlawanan terakhir kita kembali dengan lebih kuat hari ini,” tambahnya.
Kemenangan Bahrain adalah hasil daripada gol di hujung masa tambahan oleh gelandang Ali Madan, yang menjaringkan gol daripada sepakan sudut.
Kemenangan pertama ini juga menerangi peluang mereka untuk mara ke pusingan kedua, satu pencapaian yang terakhir mereka capai pada tahun 2019.
Malaysia akan mengakhiri Piala Asia dengan perlawanan kumpulan terakhir mereka menentang juara dua kali Korea Selatan, manakala Bahrain akan bertemu Jordan, yang sudah layak ke pusingan kedua, pada Khamis ini. – Bernama
Source link