SHAH ALAM – Sahabat sejati yang masih tinggal dan setia kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak disaran meminta penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat kes penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Mohd Zaid Ibrahim berkata, itu cara terbaik boleh dilakukan ketika ini supaya Najib dapat memberitahu rakyat mengenai semua perkara yang berlaku dalam penipuan kes tersebut.

“Katakan bagaimana seorang lelaki boleh mencuri begitu banyak (perompakan terbesar di dunia) dan tiada siapa lagi yang bersalah serta bertanggungjawab.

“Ini bukanlah untuk membebaskan anda, mungkin juga mengesahkan naratif semasa tetapi untuk menentukan sama ada sistem kewangan dan keadilan serta semua pihak berkepentingan tidak mempunyai dasar yang cacat,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Khamis.

Sebelum ini, Najib menyatakan kesukaran dalam mencari sahabat sejati terutama mereka yang sanggup hadir di sisi mendepani waktu kesusahan.

Hantaran di Facebooknya, turut mendakwa ramai hanya tunjuk muka sewaktu mencari kesenangan dan ada juga bermuka-muka.

Keluhan Najib itu menyusul selepas diperintah bela diri oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Rabu, atas empat kes menggunakan kedudukan untuk suapan hampir RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram babit wang sama.

Dalam pada itu, Mohd Zaid memaklumkan, kerajaan mungkin tidak akan bersetuju dengan penubuhan tersebut tetapi berbaloi untuk dicuba dan akan menjadi perkhidmatan Najib kepada negara.

Beliau mendakwa, penentangan akan datang daripada seseorang yang tidak boleh disentuh dan melampaui kritikan sehingga kerajaan tidak mahu mengetahui bagaimana perompakan terbesar itu berlaku.

“Ini kerana bimbang reputasi mereka tercemar,” jelasnya.

Mengulas lanjut, beliau memahami kesakitan yang dialami oleh Najib.

“Saya baca kenyataan tersebut di Facebook berkenaan sahabat yang bermusim dan sebenar, serta betapa susahnya untuk mencari kawan sejati. Saya tahu anda sedang rasakan itu sekarang.

“Memang sukar kerana kawan sebenar dan palsu nampak sama. Mereka datang memuji ketika segalanya berjalan lancar, namun susah untuk mereka mengangkat telefon jika kita tiada apa lagi untuk diberi.

“Jika kini hanya mempunyai beberapa kawan sahaja yang tinggal, anda tidak keseorangan. Pepatah Cina lama mengingatkan ketika di usia tua, kita boleh mengira kawan sejati dengan tangan kanan,” ujarnya.



Source link

Al Quran HUMAIRA (Magnet) | Saiz A6 | Tagging / No Tagging | Tajwid Berwarna | Terjemahan
Shopee.com.my
5.0
RM45.00
Al Quran HUMAIRA (Magnet) | Saiz A6 | Tagging / No Tagging | Tajwid Berwarna | Terjemahan
Al Quran Exclusive Lelaki | FAYYADH | Saiz A5, Magnet | Freegift | Ready Stock | Fast Delivery | Tagging / No Tagging |
Shopee.com.my
5.0
RM85.00
Al Quran Exclusive Lelaki | FAYYADH | Saiz A5, Magnet | Freegift | Ready Stock | Fast Delivery | Tagging / No Tagging |
Al Quran Tagging Fayyadh (Ready Stock) [ALQURAN UNTUK LELAKI/ALQURAN SAIZ SEDERHANA/HANTARAN/HADIAH/ALQURAN TERJEMAHAN]
Shopee.com.my
5.0
RM85.00
Al Quran Tagging Fayyadh (Ready Stock) [ALQURAN UNTUK LELAKI/ALQURAN SAIZ SEDERHANA/HANTARAN/HADIAH/ALQURAN TERJEMAHAN]

Leave a Reply