KAJANG – Datuk Ruslin Jusoh kini dilantik sebagai Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) yang baharu berkuat kuasa hari ini.
Menurut Unit Media dan Komunikasi Korporat AADK, pelantikan beliau sebagai Ketua Pengarah AADK yang ke-13 bagi mengisi kekosongan jawatan itu sejak 26 April lalu.
Katanya, beliau menggantikan tempat Sutekno Ahmad Belon yang bertukar ke Kementerian Sumber Manusia sebagai Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi).
Beliau yang berpengalaman selama lebih 28 tahun dalam perkhidmatan awam melalui lantikan sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 1995.
“Ruslin juga pernah memegang jawatan utama antaranya Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara dan Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia. Sehubungan itu, AADK merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan selamat menjalankan tugas kepada Daatas pelantikan ini.
“AADK turut menzahirkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Sutekno atas khidmat bakti sepanjang memikul tanggungjawab sebagai Ketua Pengarah AADK,” katanya. -KOSMO! ONLINE.