KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) hari ini mengumumkan kepulangan Rosman Razak sebagai ketua jurulatih beregu wanita, yang akan memulakan tugas secara rasmi pada 5 November 2024 di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara.

Rosman yang memiliki hampir dua dekad pengalaman melatih pasukan beregu kebangsaan, dilihat sebagai tokoh penting dalam membimbing pasukan beregu wanita Malaysia ke tahap lebih tinggi.

“Kami amat gembira menerima Rosman kembali ke dalam pasukan kejurulatihan. Pengalamannya yang meluas bersama pasukan kebangsaan sangat berharga, dan kami yakin kepimpinannya akan menjadi kunci dalam meningkatkan prestasi skuad beregu wanita,” kata Pengarah Kejurulatihan BAM, Rexy Mainaky menerusi laman Facebook BAM.

Dalam peranan barunya, Rosman akan bekerja rapat bersama Rexy, jurulatih pasukan senior, Ching Kai Feng, dan jurulatih pasukan junior Amelia Anscelly.

Usaha kolektif ini bertujuan memperkukuh serta memajukan pasukan beregu wanita Malaysia di peringkat antarabangsa.

Rosman, yang sebelum ini pernah berkhidmat bersama BAM, menyatakan keterujaannya untuk kembali menyumbang kepada pembangunan badminton negara.

“Saya berasa amat terhormat untuk kembali ke BAM dan sangat teruja dengan cabaran baharu ini. Bahagian beregu wanita mempunyai potensi besar, dan saya tidak sabar untuk membina kemajuan yang telah dicapai selama ini,” kata Rosman.

Pelantikan ini dilihat sebagai langkah strategik BAM dalam memastikan dominasi Malaysia dalam sukan badminton, terutamanya dalam kategori beregu wanita. – UTUSAN

Source link

-50%
Gaoshan F1 Team Rosman Short Sleeve Racing 2023 New F1 T-shirt Official Hot Sale Formula One Summer T-shirt Fans Super Large Top
Shopee.com.my
4.5
RM20.42 RM40.84
Gaoshan F1 Team Rosman Short Sleeve Racing 2023 New F1 T-shirt Official Hot Sale Formula One Summer T-shirt Fans Super Large Top
PROMOTION CLEAR STOCK 50pcs 3ply Face Mask Medical Disposable Mask / fa_rosman_collection
Shopee.com.my
5.0
RM2.99
PROMOTION CLEAR STOCK 50pcs 3ply Face Mask Medical Disposable Mask / fa_rosman_collection
Buku : Kumpulan Cerpen Etos Anak Negeri - Rosman Md Shah
Shopee.com.my
5.0
RM35.00

Leave a Reply