Ronnie Liu kini dalam misi mahu menghentikan Ketua Pemuda Umno, Dr Muhamad Akmal Saleh daripada membuat kenyataan berunsur perkauman.

Bekas Adun DAP itu mendedahkan dia telah menghubungi Presiden Umno, Zahid Hamidi, untuk mengaturkan pertemuan.

“Saya menghantar mesej WhatsApp kepada Zahid semalam untuk mendapatkan bantuannya dalam mengaturkan pertemuan dengan Akmal mengenai isu kibaran bendera.

“Tujuan pertemuan ini adalah untuk membincangkan kepentingan keharmonian kaum dan agama di negara kita serta berharap untuk meyakinkan dan menghentikan Akmal daripada membuat kenyataan berunsur perkauman,” tambahnya.

ywAAAAAAQABAAACAUwAOw==

Liu turut berharap untuk meyakinkan Pemuda Umno agar menghentikan “serangan tidak perlu” terhadap komuniti Cina serta mengelakkan ketegangan dalam hubungan mesra antara Malaysia dan China.

“Ini demi kebaikan Akmal selaku ahli politik yang sedang meningkat naik, partinya dan Malaysia secara keseluruhan,” tambahnya lagi.

Akmal mula mendapat perhatian – sama ada positif atau negatif – sewaktu kontroversi kempen memboikot kedai KK Mart berhubung isu stokin.

Sejak itu, doktor perubatan yang beralih ke bidang politik ini dilihat terkedepan alam isu-isu berkaitan kaum dan agama.

Dia juga disaman Naib Pengerusi DAP Teresa Kok berkaitan dakwaan fitnah isu pensijilan halal.

Terbaru, Akmal menyasarkan penganjur perarakan budaya Guan Gong di Teluk Intan, Perak, yang memohon maaf selepas beberapa warganegara China mengibarkan bendera negara mereka pada acara tersebut.

“Apa kejadahnya, nak buat perarakan di tempat awam. Dahlah tak ada permit, angkat lagi bendera China. Tak ada satu langsung pun bendera Malaysia di situ.

“Cukup-cukuplah. Hari tu dah berlaku dalam sekolah. Hari ni nak bawa bendera China berarak di luar pula,” katanya merujuk insiden di sebuah sekolah di Pulau Pinang baru-baru ini.

“Cukup-cukuplah untuk minta maaf,” katanya.

Penganjur telah menjelaskan Jalur Gemilang dan bendera Perak berkibar di baris hadapan perarakan kebudayaan bagi meraikan pahlawan purba China Guan Yu yang menjadi tokoh popular hikayat sejarah lampau, filem dan permainan video.

Dalam Pilihan Raya Kecil Mahkota di Johor bulan lepas, DAP bimbang jika tindakan Akmal boleh mempengaruhi undi kaum Cina.

Selepas BN berjaya mengekalkan kerusi tersebut, ketua Pemuda Umno itu berkongsi artikel yang menggambarkan dia seorang wira yang berjaya meyakinkan pengundi Melayu untuk menyokong calon Pemuda Umno kerana keberaniannya menentang DAP.



Source link

Leave a Reply