Ringgit menguat berbanding dolar AS yang semakin lemah pagi ini, dipacu oleh jangkaan pemotongan kadar faedah di AS susulan data ekonomi terkini.
Pada pukul 8 pagi, mata wang tempatan meningkat kepada 4.3305/3380 berbanding dolar hijau, berbanding penutupan semalam pada 4.3330/3370.