RINGGIT melonjak ke paras 4.12 berbanding dolar AS pada Jumaat, muncul sebagai antara mata wang yang mencatatkan prestasi terbaik di dunia.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, ringgit mengukuh sebanyak 1.6 peratus minggu ke minggu berbanding dolar AS.

Unit tempatan meningkat kepada 4.1230/1280 daripada paras penutup 4.1430/1485, meningkat 11.36 peratus setakat ini bagi tahun ini.

Mohd Afzanizam berkata, unit tempatan itu mendapat sokongan yang baik, terutamanya semasa sesi pagi apabila dolar-ringgit mencecah RM4.1175 pada awal dagangan.

Beliau juga berkata, bagi asas mingguan ringgit turut meningkat berbanding euro, pound British, yen Jepun dan dolar Singapura masing-masing sebanyak 1.9 peratus, 1.2 peratus, 1.7 peratus dan 1.2 peratus.

“Jangkaan umum penurunan kadar faedah di Amerika Syarikat kekal utuh menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) akan datang pada November dan Disember,” katanya kepada Bernama.

Selain itu, Mohd Afzanizam berkata, lebih banyak bank pelaburan telah menyemak semula penarafan mereka terhadap Malaysia daripada “underweight” kepada “neutral”, mencerminkan tinjauan lebih positif terhadap ekonomi negara dan, seterusnya, potensi ringgit lebih mengukuh pada masa depan.

BMI Country Risk & Industry Research (BMI), unit Fitch Solutions, telah menyemak semula unjuran akhir 2024 bagi ringgit kepada RM4.00 berbanding dolar AS daripada RM4.55 sebelumnya, mencerminkan prestasi mantap unit tempatan pada suku ketiga 2024

Dalam jangka sederhana, BMI yakin terhadap prestasi ringgit memandangkan perbezaan hasil yang mengecil dengan AS dan prospek pertumbuhan yang agak berdaya tahan yang memberi petanda baik bagi unit tempatan.

“Risiko kepada unjuran kami cenderung ke arah ringgit yang lebih lemah dan bergantung sebahagian besarnya pada trajektori kadar faedah Rizab Persekutuan AS (Fed) dan pertumbuhan China,” katanya dalam nota komentar.

Ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding kumpulan mata wang utama lain, kecuali yen Jepun.

Unit tempatan meningkat berbanding euro kepada 4.6009/6064 daripada 4.6157/6218 pada Khamis dan naik berbanding pound Britain kepada 5.5178/5245 from 5.5317/5391 dan susut berbanding yen Jepun kepada 2.8804/8841 daripada 2.8634/8674.

Ringgit juga diniagakan kukuh berbanding mata wang negara-negara ASEAN lain.

Unit tempatan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.2146/2187 daripada 3.2204/2249 dan naik berbanding peso Filipina kepada 7.35/7.37 daripada 7.40/7.41.

Ringgit mengukuh berbanding rupiah Indonesia kepada 272.5/273.0 daripada 273.1/273.6 dan naik berbanding baht Thailand kepada 12.7202/7407 daripada 12.7242/7489. – Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!



Source link

-89%
Ringgit Shop KNIFE SET 7 in 1 ( SET PISAU VIRAL) Kitchen Knife / Alatan Dapur Pisau Gunting set ready stock Viral
Shopee.com.my
4.8
RM12.90 RM129.00
Ringgit Shop KNIFE SET 7 in 1 ( SET PISAU VIRAL) Kitchen Knife / Alatan Dapur Pisau Gunting set ready stock Viral
明泰 MINGT Coin Holder Cardboard Fits 50 sen 20 Sen 10 sen 1 Sen 1 Ringgit Coins Capsule
Shopee.com.my
4.5
RM0.99
明泰 MINGT Coin Holder Cardboard Fits 50 sen 20 Sen 10 sen 1 Sen 1 Ringgit Coins Capsule
-42%
Ringgit Shop 12/30/80pcs Shoe Cleaning Wet Tissue Quick Wipes Sneakers Care Shoes cleaning Solution Tisu cuci kasut
Shopee.com.my
4.8
RM0.69 RM1.21
Ringgit Shop 12/30/80pcs Shoe Cleaning Wet Tissue Quick Wipes Sneakers Care Shoes cleaning Solution Tisu cuci kasut
-18%
KEYCHAIN RINGGIT MALAYSIA PAPER NOTE DUIT WANG KERTAS MALAYSIA CENDERAHATI SAMPLE GIFT SOUVENIR COLLECTION
Shopee.com.my
4.9
RM1.45 RM1.79
KEYCHAIN RINGGIT MALAYSIA PAPER NOTE DUIT WANG KERTAS MALAYSIA CENDERAHATI SAMPLE GIFT SOUVENIR COLLECTION

Leave a Reply