KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang membabitkan 4 negeri sehingga jam 4 petang, hari ini.
MetMalaysia dalam kenyataannya berkata, antara kawasan yang terlibat iaitu semua kawasan di Perlis.
“Selain itu, turut diramalkan berlaku ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa kawasan di Kedah. Ia meliputi kawasan Langkawi, Kubang Pasu, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.
“Seluruh kawasan di Pulau Pinang turut diramalkan berlaku ribut petir, hujan lebat dan angin kencang.
“Seterusnya turut diramalkan beberapa kawasan di Perak. Ia melibatkan kawasan Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar dan Kinta,” katanya menerusi kenyataan di Facebook, hari ini.
Menurutnya, amaran ribut petir merupakan peringatan jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.
“Orang ramai boleh melayari laman sesawang MetMalaysia untuk mengetahui tahap cuaca terkini di Malaysia,” katanya. – HARAKAHDAILY 27/10/2024