Kalau korang sedang cari alat kerja yang bukan sahaja bergaya tetapi juga power gila, Huawei MatePad Pro 13.2-inci untuk tahun 2025 ini adalah pilihan yang tepat! Dengan warna emas premium, ia memang nampak elegan dan mewah. Korang tahu tak, ia siap sedia dengan keyboard dan M-Pencil Generasi ke-3, yang bagi pengalaman menulis seolah-olah kita menulis di atas kertas sebenar. Super lembut, dan mudah je nak pasang. Sekejap je, tablet ni terus transform jadi komputer riba yang super mewah gais!

Saiz Skrin Yang Memuaskan, Sesuai Untuk Kerja dan Hiburan

ywAAAAAAQABAAACAUwAOw==

ywAAAAAAQABAAACAUwAOw==ywAAAAAAQABAAACAUwAOw==

Ringan, Slim, Dan Mampu Bawa Banyak Barang

Bila travel untuk kerja, dah biasa kan bawa komputer riba, buku nota, pengecas, dan segala macam benda dalam beg galas. Kadang-kadang beg tu jadi beban, dan siapa tak risau kalau tertinggal satu item penting yang boleh sebabkan kerja kita terganggu? Haa, dengan Huawei MatePad Pro 13.2-inci, korang tak perlu risau lagi. Memang ringan, hanya 580g dan sangat nipis, hanya 5.5mm je! Mudah je nak bawa ke mana-mana, tanpa risau bahu sengal atau beg galas yang berat.

ywAAAAAAQABAAACAUwAOw==ywAAAAAAQABAAACAUwAOw==

Peranti Profesional Untuk Kerja Yang Serius

Walaupun telefon pintar boleh bantu kita untuk tugas ringan macam balas e-mel atau join mesyuarat, ada kalanya kita perlukan lebih daripada itu. Huawei MatePad Pro ni memang alat yang sesuai untuk mereka yang perlukan fleksibiliti untuk kerja yang lebih serius. Dengan PC-level WPS Office, rasa macam guna desktop terus. Semua kerja jadi mudah dan lancar. Tak perlu lagi risau tentang prestasi, MatePad Pro memang power!

ywAAAAAAQABAAACAUwAOw==ywAAAAAAQABAAACAUwAOw==

Kamera 50MP HD, Hasil Foto Memang Memukau

Nampak jer MatePad Pro ni besar, tapi jangan ingat ia berat. Sebaliknya, dia sangat ringan, dan sesuai untuk korang yang suka ambil gambar atau video. Kamera belakang 50MP HD memang tak mengecewakan! Kalau korang seorang content creator atau suka snap gambar, hasil foto dari MatePad Pro ni memang boleh tahan. Bateri 10,100mAh digunakan pula boleh dicas semula melalui port USB-C dan pengecasan pantas 100W.

ywAAAAAAQABAAACAUwAOw==ywAAAAAAQABAAACAUwAOw==

Aplikasi Huawei-developed GoPaint, Untuk Pereka Yang Kreatif

Bagi korang yang berkecimpung dalam dunia reka bentuk, aplikasi Huawei-developed GoPaint adalah satu bonus yang sangat mengasyikkan! Dengan True-colour Brush yang baharu, GoPaint memberi pengalaman yang memuaskan untuk mencipta seni digital dengan warna yang sangat hidup. Siapa kata tablet tak boleh jadi alat kreatif? MatePad Pro buktikan sebaliknya!

ywAAAAAAQABAAACAUwAOw==ywAAAAAAQABAAACAUwAOw==

Secara keseluruhannya, Huawei MatePad Pro 13.2-inci adalah pilihan yang sangat bijak untuk mereka yang mahukan alat kerja yang ringan, berprestasi tinggi, dan elegan. Dengan skrin yang besar, paparan OLED yang memukau, dan keupayaan untuk bertukar jadi komputer riba dengan keyboard dan M-Pencil, ia bukan sahaja memudahkan kerja, malah memberi pengalaman yang lebih menyeronokkan. Kalau korang seorang profesional atau pereka, MatePad Pro ni memang solusi terbaik. Jadi, apa tunggu lagi? Level-up kerja dan kreativiti korang dengan Huawei MatePad Pro 13.2-inci!

ywAAAAAAQABAAACAUwAOw==ywAAAAAAQABAAACAUwAOw==

MatePad Pro 13.2” baharu dijual di Malaysia pada RM4,999 dengan pemberian hadiah bernilai RM2,744 secara percuma untuk masa terhad.



Source link

Leave a Reply