JOHOR BAHRU – Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun mereka cerita bahawa dia hampir diculik individu yang tidak dikenali menaiki van putih bagi mengelakkan diri daripada dimarahi ibunya kerana lambat pulang dari sekolah.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd. Sohaimi Ishak berkata, siasatan yang dijalankan mendapati dakwaan kejadian itu berlaku di berhampiran sekolah di Taman Ulu Tiram, di sini adalah tidak benar.

Beliau berkata, pihaknya menerima laporan itu kelmarin daripada seorang wanita warga tempatan berusia 49 tahun yang mengadu mengenai cubaan melarikan anak lelakinya oleh individu tidak dikenali.

“Kejadian itu didakwa berlaku di hadapan sebuah restoran makanan segera ketika remaja itu ingin pulang ke rumah selepas tamat sesi persekolahan pada 6.45 petang, 3 Jun lalu.

“Polis mengingatkan ibu bapa agar sentiasa memberi perhatian serta mengawasi pergerakan anak sama ada ketika berada di dalam rumah atau luar,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Semalam, pihak polis telah mengesan satu hantaran tular di platfom media sosial mengandungi laporan polis dengan kapsyen ‘kes culik budak bukit tiram’ yang dimuat naik oleh pengendali akaun Facebook Warga Sungai Tiram & Ulu Tiram.

Bagaimanapun, hantaran tular itu telah dipadam dan pautan tersebut tidak lagi dapat diakses.

Menerusi maklumat yang tular, remaja itu mendakwa dihampiri seorang lelaki yang memakai topeng muka dan cermin mata hitam selain memiliki pisau hingga mengakibatkan dia melarikan diri dari lokasi kejadian. – KOSMO! ONLINE





Source link

[BOOKIUT] (Siri novel remaja/ buku novel/ buku fiksyen/ bacaan umum/ novel best/ teenage girls)
Shopee.com.my
5.0
RM10.00
[BOOKIUT] (Siri novel remaja/ buku novel/ buku fiksyen/ bacaan umum/ novel best/ teenage girls)
-37%
Teenager Bra Girl Baby Bra Teen Bra Training Bra Kids Girl 12-18 女童发育内衣少女内衣 Bra Budak Perempuan 12 Tahun 13 Tahun Remaja
Shopee.com.my
4.9
RM4.95 RM7.98
Teenager Bra Girl Baby Bra Teen Bra Training Bra Kids Girl 12-18 女童发育内衣少女内衣 Bra Budak Perempuan 12 Tahun 13 Tahun Remaja
-30%
Digital Sports Electronic Kids Watch Jam Tangan Budak Lelaki Perempuan Jam Tangan Remaja Unisex Men Women Watches
Shopee.com.my
4.9
RM6.90 RM10.00
Digital Sports Electronic Kids Watch Jam Tangan Budak Lelaki Perempuan Jam Tangan Remaja Unisex Men Women Watches
-36%
Kids Cargo Jeans Cargo Pants 6 Pocket Saiz Budak Hingga Remaja ( 2 - 24 )
Shopee.com.my
4.9
RM21.90 RM34.76
Kids Cargo Jeans Cargo Pants 6 Pocket Saiz Budak Hingga Remaja ( 2 - 24 )

Leave a Reply