Sedih bila mendengar cerita yang menyatakan seorang mangsa telah mengambil nyawanya sendiri akibat daripada perlakuan buli siber oleh orang lain. Kami sebagai admin page pempengaruh faham dan mengerti kesan buli siber kerana kami juga tidak terlepas dengan tindakan buli siber.
Terkesan dengan ini, kami ingin berkongsi tips kepada semua iaitu suis imaginasi sebagai salah satu cara untuk mengatasi tekanan mental.
Dengan membayangkan adanya suis yang boleh mematikan sumber tekanan, anda boleh mengambil semula kawalan ke atas emosi dan tindak balas anda.
1) Bayangkan satu suis yang jelas dalam fikiran anda.
2) Suis ini mempunyai label seperti “Buli Siber,” “Tempat Kerja Toksik,” “Makcik Bawang,” “Komen Negatif,” dan “Kalah MLBB.”
3) Sebelum nak tidur atau pada bila-bila masa setiap kali anda merasa tekanan, bayangkan anda menekan suis ini untuk mematikan sumber tekanan tersebut.
4) Tenang dan Fokus: Setelah suis dimatikan, tarik nafas dalam-dalam dan fokus kepada perkara positif dan produktif dalam hidup anda.
Ia boleh membantu anda mengawal reaksi emosi terhadap tekanan. Ia juga membolehkan anda mengalihkan perhatian kepada perkara yang lebih penting.
Teknik suis imaginasi bukanlah penyelesaian mutlak, tetapi ia adalah satu alat yang boleh membantu menguruskan tekanan dengan lebih baik.