Ramai di antara kita berfikir bahawa memiliki harta mewah, seperti kereta mewah,iphone, handbeg berjenama adalah kunci kepada kegembiraan dan kepuasan hidup.
Anda mungkin tergoda untuk mengambil loan dan membayar RM3000 setiap bulan demi memiliki kereta impian.
Pada permulaan, memang ada perasaan bangga, setiap kali memandu kereta baru tersebut, ramai yang memuji dan menoleh melihat anda.
Namun, dari sudut psikologi, kegembiraan yang diperoleh daripada harta benda biasanya bersifat sementara. Manusia cenderung mengalami hedonic adaptation—proses di mana kita cepat terbiasa dengan keseronokan baru, sehingga ia tidak lagi membawa kegembiraan yang sama seperti awal.
Selepas 6 bulan, apa yang dahulu mempesona kini mula menjadi biasa, dan kegembiraan anda menurun sebanyak 20%. Tetapi, komitmen kewangan sebanyak RM3000 setiap bulan tetap perlu dibayar.
Setelah dua tahun, kegembiraan anda mungkin telah berkurang sehingga 70%. Namun, bayaran bulanan itu tidak berubah.
Anda terus terikat dengan hutang yang diambil, walaupun nilai emosi yang diberi oleh harta benda tersebut semakin menurun.
Keadaan ini berterusan sehingga bertahun-tahun, dan akhirnya, selepas 9 tahun, kereta yang dahulunya baru dan berkilat kini semakin buruk, penuh dengan masalah yang hanya menambah beban hidup anda.
.
Jangan biarkan kegembiraan anda ditentukan oleh harta benda.
Kebahagiaan sejati adalah sesuatu yang datang dari dalam diri—dari hubungan yang bermakna, pencapaian peribadi, dan nilai hidup yang tulus.
Jgn la beli sesuatu niat utk naikkan status/imej pd mata org lain..beli la utk reward/kepuasan/cita2/minat sendiri..maka emosi tu akan kekal lama,sentiasa berasa seronok dgn apa yg dimiliki wlpn beribu bayaran sebulan..konsep pemikiran tu kena betulkan,hidup hanya sekali jd manfaatkan sepenuhnya
I pernah rasa camni bila mula2 beli expensive car and lepas 2 3 months dah tak rasa excited. So I beli lagi mahal and lagi lawa punya car so that whenever I tengok kereta tu I tetap rasa excited sampai bila2. Hahahahahhaha