Netizen Malaysia sememangnya tidak pernah gagal memberi publisiti dan membuat orang yang salah menjadi popular, tetapi telah pernah SERENDAH ini.

Pada 26.1.2024 seluruh media nasional melaporkan mengenai penahanan seorang lelaki yang menawarkan perkhidmatan pensundalan.

Kesilapan media adalah pelaporan yang TIADA tapisan. Laporan dengan jelas menyatakan mengenai nama gelaran lelaki tersebut menyebabkan semua orang tercari cari siapakah gerangan.

‼️Dari tak tahu, menjadi tahu

‼️Dari tidak pernah tengok, berusaha mencari.

Bersandar kepada pelaporan sensasi, media tanpa sedar telah memberikan publisiti percuma kepada pesalah.
.

Tahukah anda, pesalah aktiviti penyundalan tahun 90 an langsung tidak berani untuk tunjuk muka . Selama berpuluh tahun menyepikan diri dan bermati matian menafikan. Masyarakat pada ketika itu melihat aktiviti penyundalan sebagai jelik dan tidak boleh diterima.

Berbeza sungguh dengan respond netizen dalam kes terkini! Sambutan masyarakat luar biasa hebat menyebabkan pesalah menjadi popular dalam masa singkat.

Tuan puan,

Ini bukan lagi cara halus, ini bukan lagi berselindung. 2024 baru sahaja 2 bulan, normalisasi aktiviti pensundalan telah bermula.
ywAAAAAAQABAAACAUwAOw==


Source

14 COMMENTS

Leave a Reply