KUALA LUMPUR, 2 Nov – Puteri UMNO Malaysia menyuarakan sokongan dan harapan yang teguh kepada bekas Presiden UMNO dan mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak.

Ketuanya, Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi berkata Puteri UMNO akan sentiasa mendoakan kebaikan bagi Najib dalam menghadapi segala cabaran yang dihadapinya.
ywAAAAAAQABAAACAUwAOw==
Tegasnya, sokongan moral dan doa daripada Puteri UMNO akan terus mengiringi Najib serta keluarganya, dengan harapan agar setiap ujian yang dilalui membawa hikmah yang baik.

“Puteri UMNO sentiasa mendoakan yang terbaik untuk bekas Presiden UMNO merangkap Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak. Apa jua yang dilalui dan dihadapi oleh beliau, kami bersamanya.

“Insya-Allah, Puteri UMNO juga mendoakan agar Nooryana Najwa Najib dan keluarganya tabah menghadapi segala ujian. Kami mahukan yang terbaik untuk Najib, yang lebih dikenali sebagai ‘Bossku’, agar beliau diadili dengan seadilnya,” katanya kepada UMNO Online.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Pergerakan Puteri UMNO yang diadakan di Ibu Pejabat UMNO, Menara Dato Onn, semalam.
ywAAAAAAQABAAACAUwAOw==
Sebelum ini, pada Rabu lalu, Mahkamah Tinggi memerintahkan Najib untuk membela diri terhadap empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB), serta 21 pertuduhan pengubahan wang haram yang membabitkan jumlah yang sama di cawangan AmIslamic Bank Berhad antara 14 Feb 2011 dan 19 Dis 2014.

Najib didakwa di bawah Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta yang sama. Jika disabitkan kesalahan, beliau berhadapan dengan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda sama ada lima kali ganda nilai terbabit atau RM10,000, mana yang lebih tinggi.

Najib kini menjalani hukuman di Penjara Kajang sejak 23 Ogos 2022 selepas disabitkan dengan kesalahan menyeleweng RM42 juta daripada SRC International Sdn Bhd. Berikutan sabitan tersebut, bekas Ahli Parlimen Pekan itu telah mengemukakan petisyen untuk pengampunan diraja pada 2 Sept 2022, yang membawa kepada pengurangan hukuman penjara dari 12 tahun kepada enam tahun, dan denda dari RM210 juta kepada RM50 juta. – UMNO Online



Source link

Siri Komik Koo Koo Weh Buku Komik Kanak kanak Ana Muslim Serangan Karipap Oksigen Ribut Ais Puteri
Shopee.com.my
5.0
RM12.00
Siri Komik Koo Koo Weh Buku Komik Kanak kanak Ana Muslim Serangan Karipap Oksigen Ribut Ais Puteri
Puteri Bunga Ros: Lenanya Terhenti (by Keiko ISHIHARA)
Shopee.com.my
5.0
RM12.00
Puteri Bunga Ros: Lenanya Terhenti (by Keiko ISHIHARA)
Komik Ana Muslim Siri Puteri Viral Kiriman Cinderellah Puteri Salju Dan Lima Kemetot Buku Komik Remaja Kanak kanak
Shopee.com.my
4.9
RM12.00
Komik Ana Muslim Siri Puteri Viral Kiriman Cinderellah Puteri Salju Dan Lima Kemetot Buku Komik Remaja Kanak kanak

Leave a Reply