Proses pengundian pilihan raya Taiwan bermula


TAIPEI: Proses pengundian bagi pilihan raya Presiden dan pilihan raya Parlimen Taiwan bermula pada hari ini.

China menyifatkan pilihan raya berkenaan sebagai pilihan antara perang dan keamanan.

Pilihan raya tersebut diadakan di tengah-tengah Beijing meningkatkan tekanan agar wilayah separa autonomi itu menerima kedaulatannya.

Taiwan menjadi kisah kejayaan demokratik sejak mengadakan pilihan raya Presiden pertama sejak 1996, setelah perjuangan berdekad lama menentang pemerintahan autoritarian dan undang-undang tentera.

Parti Progresif Demokratik (DPP) yang memerintah ketika ini, terkenal memperjuangkan identiti berasingan Taiwan dan menolak tuntutan wilayah China.

Parti itu ketika ini sedang berusaha untuk mencapai penggal ketiga memegang jawatan dengan calonnya, Naib Presiden Lai Ching-te.

Bercakap kepada pemberita di bandar selatan Tainan sebelum mengundi, Lai menggalakkan orang ramai keluar menunaikan tanggungjawab masing-masing sebagai pemilih.

“Setiap undi anda amat dihargai memandangkan ini adalah demokrasi Taiwan yang diperoleh dengan susah payah,” katanya dalam kenyataan ringkas.

Menjelang pilihan raya, China berulang kali mengecam Lai sebagai pemisah yang berbahaya dan menolak untuk berbincang.

Lai memaklumkan beliau komited untuk memelihara keamanan di seluruh Taiwan, dan terus meningkatkan pertahanan pulau itu. – REUTERS





Source link

Leave a Reply