Pansar Berhad mengumumkan bahawa Perbena Emas Sdn Bhd, sebuah anak syarikat milik penuh telah menerima Surat Penerimaan dari Lembaga Air Sibu, Sarawak untuk peningkatan Loji Rawatan Air di Salim, Sibu.
Nilai kontrak projek ini bernilai RM269 juta melalui tender terbuka.
Skup kerja termasuk Kerja Sivil dan Struktur serta Kerja Mekanikal dan Elektrik untuk pembinaan, penyelesaian dan pengkomisian, dan semua kerja yang diperlukan untuk peningkatan Loji Rawatan Air Salim dari 150 Mld kepada 300 Mld. Tempoh kontrak adalah selama tiga puluh bulan dan Projek dijadualkan untuk bermula pada Mei 2024.
Pansar menyatakan kontrak ini dijangka akan memberi sumbangan positif kepada pendapatan dan aset bersih Kumpulan seiring dengan kemajuan Projek sepanjang tempoh kontrak.