KUALA LUMPUR, 5 November- Johor akan menjadi negeri pertama menawarkan gaji premium bermula RM4,000 dan RM5,000 kepada pekerja berkemahiran tinggi menerusi penubuhan Majlis Pembangunan Bakat Johor (JTDC) yang dilancarkan pada 3 November.

Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail menerusi satu hantaran di Facebook bertitah, projek baharu di negeri itu dijangka akan mencipta lebih banyak peluang pekerjaan untuk Bangsa Johor dalam beberapa tahun akan datang.

“Selain itu, Kerajaan Negeri Johor menerusi Johor Plantations Group Berhad (JPG) berjaya memeterai kerjasama dengan syarikat Jepun, Fuji Oil Asia Pte Ltd untuk membina kilang penapisan minyak sawit serta lemak khusus di negeri ini.  Kerjasama ini membabitkan nilai pembangunan awal berjumlah RM500 juta.

“Kerajaan Negeri Johor turut bertemu dengan 83 syarikat terkemuka di Korea Selatan untuk mempromosikan inisiatif penubuhan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dan bakal membawa pelaburan strategik bernilai kira-kira AS$190 juta ke negeri ini,” titah baginda menerusi hantaran itu.

Dalam pada itu Tunku Mahkota Ismail bertitah Istana Besar Johor dan Bangunan Sultan Ibrahim, Bukit Timbalan akan dinaik taraf dalam masa terdekat sebelum dibuka kepada umum sebagai usaha menambah nilai pelancongan di daerah ini.

“Kedua-dua Bangunan Sultan Ibrahim dan Istana Besar Johor mempunyai pelbagai sejarah Johor sejak abad ke-19,” titah baginda.



Source link

-4%
[UNIK] Projek RBT KSSR KSSM - Lampu Meja Tidur Mini DIY / Table LED Lamp School RBT Science Project 工艺设计自制小台灯
Shopee.com.my
4.9
RM9.12 RM9.50
[UNIK] Projek RBT KSSR KSSM - Lampu Meja Tidur Mini DIY / Table LED Lamp School RBT Science Project 工艺设计自制小台灯
-27%
Projek RBT Tahun 5 - Kit Model Kipas Solar - kipas - solar - projek - rbt - tahun - sekolah
Shopee.com.my
4.9
RM2.59 RM3.55
Projek RBT Tahun 5 - Kit Model Kipas Solar - kipas - solar - projek - rbt - tahun - sekolah
-19%
[UNIK] Projek RBT KSSR KSSM - Kipas Solar DIY - STEM Reka Bentuk Teknologi Tahun 5 / DIY Solar Fan Project 自制太阳能风扇
Shopee.com.my
4.9
RM4.51 RM5.57
[UNIK] Projek RBT KSSR KSSM - Kipas Solar DIY - STEM Reka Bentuk Teknologi Tahun 5 / DIY Solar Fan Project 自制太阳能风扇

Leave a Reply