Sekitar penganjuran acara Anugerah Sukan KPM-MSSM-MILO yang berlangsung di Petaling Jaya, Selangor pada hari ini.

Acara yang disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pendidikan, YB Wong Kah Woh ini menyaksikan penyampaian 12 anugerah utama kepada atlet murid dan guru Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Tahniah kepada pasukan Selangor atas kejayaan muncul sebagai juara keseluruhan pertandingan Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) tahun 2023.

MSSM adalah wadah untuk memupuk bakat atlet murid KPM yang merupakan pelapis sukan negara pada masa hadapan.

Sehingga kini, gelangang berprestij MSSM telah berjaya melahirkan 4 pemenang pingat perak dan 3 pemenang pingat gangsa di termasya Olimpik.

Semoga atlet KPM yang lahir menerusi pertandingan MSSM akan terus cemerlang dan mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa.

#7TerasKPM
#MalaysiaMADANI
#PendidikanManusiawi

ywAAAAAAQABAAACAUwAOw==
ywAAAAAAQABAAACAUwAOw==
ywAAAAAAQABAAACAUwAOw==
ywAAAAAAQABAAACAUwAOw==
ywAAAAAAQABAAACAUwAOw==

Source

Leave a Reply