PETALING JAYA: Pakatan Harapan (PH) Selangor melantik Setiausaha DAP negeri itu, Ng Sze Han, sebagai Pengarah Pilihan Raya PH bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu pada 11 Mei depan.

Setiausaha PH Selangor, Dr. Mohd. Khairudin Othman berkata, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kinrara itu turut dibantu Ahli Parlimen Puchong, Yeo Bee Yin dan Ahli Parlimen Shah Alam, Azli Yusof.

Katanya, pelantikan mereka dibuat pada mesyuarat bersama kepimpinan PH Selangor, semalam.

“Pasukan ini akan menubuhkan beberapa jawatankuasa utama dan telah sedia untuk bergerak secara rasmi bermula dari hari penamaan calon sehingga tiba hari mengundi.

“Pasukan ini juga akan menyelaras gerak kerja dan kempen yang akan dirangka oleh PH Selangor dan membuat persiapan serta menyelaras tugas berkait kempen PRK Kuala Kubu Bharu dengan PH pusat serta parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan,” katanya dalam kenyataan semalam.

Mohd Khairudin berkata, PH belum memutuskan calon pada PRK berkenaan kerana perkara itu masih dalam perbincangan.

Pada Khamis lalu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh penamaan calon dan pengundian awal PRK berkenaan masing-masing pada 27 April dan 7 Mei, manakala hari pengundian pada 11 Mei.

Kerusi DUN Kuala Kubu Bharu kosong, susulan kematian penyandangnya Lee Kee Hiong pada 21 Mac lepas.

Kee Hiong, 58, yang menguasai kerusi di bawah Parlimen Hulu Selangor itu sejak 2013, meninggal dunia selepas beberapa tahun bergelut melawan kanser.





Source link

-60%
[Ready Stock] Skik Eyebag 眼部 精华油 Skik Original Eye Firming Anti-Wrinkle Essence Oil Fade Dark Circles Fine lines tik TOK TOK Same Style PRK
Shopee.com.my
5.0
RM8.09 RM20.74
[Ready Stock] Skik Eyebag 眼部 精华油 Skik Original Eye Firming Anti-Wrinkle Essence Oil Fade Dark Circles Fine lines tik TOK TOK Same Style PRK
-5%
Siri Dr Maszlee #Undi18 - Promosi Pesta Buku PBAKL 2024 Komik Belia Malaysia Memilih Infografik Pilihan Raya PRK PRN PRU
Shopee.com.my
5.0
RM18.99 RM19.99
Siri Dr Maszlee #Undi18 - Promosi Pesta Buku PBAKL 2024 Komik Belia Malaysia Memilih Infografik Pilihan Raya PRK PRN PRU
[PRK] BCF | Tudung Souk BCF Free Size
Shopee.com.my
5.0
RM35.00
[PRK] BCF | Tudung Souk BCF Free Size
Best Seller BELLA PRK LIPMATTE
Shopee.com.my
5.0
RM19.00
Best Seller BELLA PRK LIPMATTE

Leave a Reply