RANTAU PANJANG: Kira-kira 1,071 mangsa banjir yang berlindung di Sekolah Kebangsaan (SK) Gual To’Deh di sini berdepan detik cemas apabila kawasan pekarangan pusat pemindahan sementara (PPS) itu ditenggelami air sedalam 0.5 meter hari ini.

Ekoran itu, penghuni yang berlindung di tingkat bawah terpaksa naik ke atas untuk menyelamatkan diri.

Situasi tersebut menyebabkan mangsa banjir terpaksa berhimpit di PPS tersebut dan melalui detik sukar selepas bekalan elektrik terpaksa dipotong atas faktor keselamatan.

Seorang mangsa dari Kampung Gual To’Deh Mohd. Radzi Yasok, 52, berkata, air mula melimpah masuk ke kawasan pekarangan sekolah dan menenggelamkan tingkat bawah sejak malam tadi.

Menurutnya, peningkatkan paras air pada banjir kali ini begitu cepat berbanding sebelumnya sekali gus menyebabkan penduduk resah sehingga PPS terjejas.

“Ada dalam kalangan penghuni di sini terpaksa keluar dan menumpang rumah jiran yang tidak terjejas dengan banjir,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Sementara itu, Rashina Ilyana Abdul Ghani, 30, memberitahu, barangan keperluan asas seperti makanan masih mencukupi di PPS SK Gual To’Deh.

“Bangunan SK Gual To’Deh ada empat tingkat, aras paling bawah sudah dinaiki air.

“Jadi kami semua terpaksa memenuhi kawasan yang ada walaupun kurang selesa,” ujarnya.

 





Source link

READY STOCK CHEERLEADING POM POMS PARTY DANCE SPORT / PARTY SET / AC-PPS-12
Shopee.com.my
4.8
RM3.90
READY STOCK CHEERLEADING POM POMS PARTY DANCE SPORT / PARTY SET / AC-PPS-12
-32%
Anker A2668 GaNPrime 735 Charger 65W, PPS 3-Port Fast Wall Charger for MacBook Pro/Air, iPad Pro,iPhone 14/Pro, and More
Shopee.com.my
5.0
RM199.00 RM297.01
Anker A2668 GaNPrime 735 Charger 65W, PPS 3-Port Fast Wall Charger for MacBook Pro/Air, iPad Pro,iPhone 14/Pro, and More
[ 100% ORIGINAL ] REMAX 20000mAh 5A RPP108 Super Fast Charge PD 3.0 Powerbank QC4+ QC3.0 FCP VOOC AFC SCP FSCP PE PPS
Shopee.com.my
4.9
RM69.90
[ 100% ORIGINAL ] REMAX 20000mAh 5A RPP108 Super Fast Charge PD 3.0 Powerbank QC4+ QC3.0 FCP VOOC AFC SCP FSCP PE PPS
-37%
Anker A2666/A2667 USB C Charger (Nano II 65W), PPS 2/3-Port Fast Compact Foldable Wall Charger for MacBook Pro and more
Shopee.com.my
5.0
RM189.00 RM300.00
Anker A2666/A2667 USB C Charger (Nano II 65W), PPS 2/3-Port Fast Compact Foldable Wall Charger for MacBook Pro and more

Leave a Reply