KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang lelaki warga asing yang dipercayai sengaja meluru dan melompat ke atas beberapa kenderaan yang sedang bergerak sehingga mengakibatkan kemalangan di sekitar Bandar Sungai Long, Kajang pada Selasa lepas.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Naazron Abdul Yusof berkata suspek, yang juga pendatang tanpa izin, ditahan di sekitar kawasan sama pada 6 petang tadi.

Beliau berkata tangkapan dilakukan selepas pihaknya mengesan satu video tular berdurasi 14 saat di laman Facebook milik “DashCam Malaysia” yang memaparkan insiden itu.

“Kejadian dipercayai berlaku pada 17 Sept lepas pada 11.53 pagi. Suspek yang hanya mengalami kecederaan ringan meninggalkan tempat kejadian sebelum butiran atau pengenalan diri sempat diperoleh.

“Dua kenderaan mengalami kerosakan akibat perbuatan lelaki berusia 32 tahun yang bekerja sebagai pekerja pembersihan itu dan motif kejadian masih dalam siasatan,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Naazron berkata setakat ini, tahap kesihatan mental suspek belum dapat ditentukan manakala ujian air kencing lelaki itu didapati negatif.

“Suspek ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 336 Kanun Keseksaan kerana membahayakan nyawa atau keselamatan diri orang lain, yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tiga bulan atau dengan denda RM500 atau kedua-duanya sekali.

“Siasatan turut dijalankan mengikut Seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki dokumen pengenalan diri,” katanya.

Beliau berkata sebarang maklumat berkaitan insiden itu boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat Inspektor Mohamed Faeez Norzah di talian 013-266 3407 atau hadir ke mana-mana balai polis berhampiran.



Source link

-70%
Poly Pac Eco Friendly Korean Style Canvas Tote Bag - XO9312 / XO9213
Shopee.com.my
4.9
RM6.00 RM20.00
Poly Pac Eco Friendly Korean Style Canvas Tote Bag - XO9312 / XO9213
-71%
Sonnet By Poly Pac 20" 24" 28" Elegant Style Anti-Theft Zipper Expandable Hardcase Luggage w TSA Lock - XA9277
Shopee.com.my
5.0
RM129.00 RM460.71
Sonnet By Poly Pac 20" 24" 28" Elegant Style Anti-Theft Zipper Expandable Hardcase Luggage w TSA Lock - XA9277
-73%
Poly Pac Eco-Friendly Non Woven Foldable Tote Bag - XO9939
Shopee.com.my
5.0
RM5.40 RM20.00
Poly Pac Eco-Friendly Non Woven Foldable Tote Bag - XO9939
-21%
W.Polo By Poly Pac 24" Standard Style ABS Hard Case Travel Luggage - WA9922
Shopee.com.my
4.9
RM149.00 RM188.61
W.Polo By Poly Pac 24" Standard Style ABS Hard Case Travel Luggage - WA9922

Leave a Reply