PETALING JAYA: Polis mengesahkan telah pun menjalankan siasatan terhadap tiga syarikat selepas menerima 547 aduan daripada orang awam terlibat dalam penipuan.

Tiga syarikat berkaitan ialah Radiance Asset Berhad, Planetrade Holdings Sdn. Bhd. dan The Rain Maker MGMT Sdn. Bhd..

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, pihaknya merujuk kepada laporan akhbar berkenaan Pertubuhan Kemanusiaan Malaysia (MHO) yang membawa aduan kira-kira 500 mangsa penipuan kepada Pusat Jenayah Kewangan Kebangsaan (NFCC) pada 19 Disember berkaitan tiga syarikat yang masih belum dikenakan tindakan setelah aduan dibuat.

Menurut beliau, merujuk kepada tiga syarikat itu, sebanyak 62 kertas siasatan dibuka dan telah disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

“Daripada jumlah itu 42 kertas siasatan masih dalam status siasatan manakala dituduh (14 kertas siasatan); dalam tindakan kamar Pejabat Peguam Negara (dua) dan empat telah diterima arahan tiada tindakan lanjut disebabkan pengadu tidak lagi berminat dan menarik laporan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Ramli berkata, pihaknya sama sekali menyangkal tindakan mana-mana badan bukan kerajaan (NGO) yang memperjuangkan nasib mangsa penipuan atau scammer bahawa pihak berkuasa mengambil mudah atau tidak peka dengan kes terbabit.

Beliau berkata, JSJK menegaskan bahawa semua laporan polis yang mempunyai unsur penipuan atau pecah amanah akan dibuka kertas siasatan.

Katanya, bagaimanapun dalam kes melibatkan jenayah pelaburan, kebanyakan kes menjurus kepada peruntukan di bawah undang-undang lain seperti Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (Akta 671), Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (Akta 758), Akta Syarikat 2016 (Akta 777) dan Akta Skim Kepentingan 2016 (Akta 778).

“Ini yang mana terdapat agensi khusus untuk menyiasat kesalahan spesifik yang berkaitan,” ujarnya.

Justeru, kata Ramli, apabila sesuatu laporan polis diterima, pihak JSJK akan menasihatkan pengadu untuk merujuk laporan mereka kepada agensi berkaitan sekiranya berkenaan.

“Dalam masa sama, JSJK menasihatkan orang ramai supaya tidak muda terpedaya dengan skim-skim pelaburan terutama yang menjanjikan pulangan tinggi.

“Apatah lagi syarikat itu tidak mendaftar dengan agensi sepatutnya dalam urusan pelaburan seperti Suruhanjaya Sekuriti (SC), Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia,” katanya. – UTUSAN

Source link

-7%
Akta Syarikat Amanah 1949 (Akta 100) & Trust Companies Act 1949 (Act 100) (Hingga 15hb Februari 2022)
Shopee.com.my
5.0
RM11.63 RM12.51
Akta Syarikat Amanah 1949 (Akta 100) & Trust Companies Act 1949 (Act 100) (Hingga 15hb Februari 2022)
5hb Oktober 2022 Pindaan Terbaru! Akta Syarikat 2016 (Akta 777), Peraturan-Peraturan & Kaedah-Kaedah - ILBS - BUKU LAW
Shopee.com.my
5.0
RM49.50
5hb Oktober 2022 Pindaan Terbaru! Akta Syarikat 2016 (Akta 777), Peraturan-Peraturan & Kaedah-Kaedah - ILBS - BUKU LAW
Akta Bekalan Elektrik 1990 (Akta 447), Akta Bekalan Elektrik [Syarikat Pengganti] 1990 (Akta 448 (EDISI 2023))
Shopee.com.my
5.0
RM24.00
Akta Bekalan Elektrik 1990 (Akta 447), Akta Bekalan Elektrik [Syarikat Pengganti] 1990 (Akta 448 (EDISI 2023))
AKTA SYARIKAT 2016 AKTA 777
Shopee.com.my
5.0
RM40.00

Leave a Reply