KOTA KINABALU – Polis Sabah menembak mati seorang lagi penjenayah dikehendaki dalam kejadian berbalas tembakan di sebuah bangunan di Jalan Undan berhampiran Terminal Bas Inanam awal pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kontinjen Sabah, Datuk Azmi Abdul Rahim berkata, suspek berusia 59 tahun berkenaan dipercayai adalah rakan kepada tiga penjenayah yang ditembak mati di Beverly Hill semalam.

“Sepasukan JSJ D9 (Siasatan Khas) menyerbu sebuah bilik di bangunan terbabit dan sewaktu serbuan, suspek telah melepaskan tembakan.

“Tindak suspek menyebabkan pasukan serbuan bertindak melepaskan tembakan balas bagi melindungi keselamatan anggota bertugas. Bagaimanapun, suspek terbabit disahkan mati terkena tembakan di tempat kejadian,” katanya.

Mengulas lanjut, Azmi menyatakan suspek berasal dari Sarawak dan dipercayai rakan kepada tiga penjenayah yang ditembak mati semalam kerana terlibat dalam beberapa kes jenayah termasuklah kes bunuh di Sarawak.

“Dengan tumpasnya keempat-empat suspek ini, kita berjaya menumpaskan kesemua penjenayah yang dikehendaki ini. Bagaimanapun, pihak polis masih menjalankan siasatan lebih lanjut,” katanya.

Kesemua penjenayah berasal dari Sarawak berusia lingkungan 40 hingga 50-an mati di lokasi kejadian Dalam kejadian pukul 9.13 malam itu.- KOSMO! ONLINE





Source link

-70%
Poly Pac Eco Friendly Korean Style Canvas Tote Bag - XO9312 / XO9213
Shopee.com.my
4.9
RM6.00 RM20.00
Poly Pac Eco Friendly Korean Style Canvas Tote Bag - XO9312 / XO9213
-71%
Sonnet By Poly Pac 20" 24" 28" Elegant Style Anti-Theft Zipper Expandable Hardcase Luggage w TSA Lock - XA9277
Shopee.com.my
5.0
RM129.00 RM460.71
Sonnet By Poly Pac 20" 24" 28" Elegant Style Anti-Theft Zipper Expandable Hardcase Luggage w TSA Lock - XA9277
HDPE Poly Fitting Poly Pipe Connector MTA/FTA/Male Bend/Female Bend/Male Tee/Female Tee 20mm 25mm 32mm
Shopee.com.my
4.9
RM1.30
HDPE Poly Fitting Poly Pipe Connector MTA/FTA/Male Bend/Female Bend/Male Tee/Female Tee 20mm 25mm 32mm

Leave a Reply