Polis Kelantan akan terus menjalankan ujian saringan air kencing secara mengejut di Kompleks ICQS di negeri ini. Gambar kecil: Mohd Yusoff

Polis Kelantan akan terus menjalankan ujian saringan air kencing secara mengejut di Kompleks ICQS di negeri ini. Gambar kecil: Mohd Yusoff

KOTA BHARU – Polis Kelantan akan terus menjalankan ujian saringan air kencing secara mengejut di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang dalam usaha untuk mengesan rakyat Malaysia yang terlibat penyalahgunaan dadah semasa berhibur di Thailand.

Ketua Polis negeri, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, pemeriksaan itu sudah dijalankan dari semasa ke semasa di pintu masuk ke negara ini.

“Ujian air kencing kebiasaannya dilakukan semasa mereka (rakyat Malaysia) pulang dari Thailand,” katanya kepada pemberita.

Menurut beliau, ujian itu akan dilakukan secara mengejut tanpa diketahui oleh mana-mana pihak.

Ujarnya, sukar untuk menghalang perbuatan rakyat Malaysia khususnya Kelantan untuk berhibur di Golok.

Mohd Yusoff memberitahu, kesemua mereka disyaki meletakkan kenderaan di Rantau Panjang sebelum menyeberangi Sungai Golok melalui pangkalan haram untuk ke negara jiran.

“Majoriti daripada mereka (rakyat Malaysia yang berhibur di Sungai Golok) melalui jalan yang tidak sah untuk ke sana,” katanya.



Source link

-33%
[ROBOCAR POLI☆KOREA] Transforming Robot Poli Amber Helly Roy Deluxe Set 5 inch
Shopee.com.my
5.0
RM140.00 RM212.12
[ROBOCAR POLI☆KOREA] Transforming Robot Poli Amber Helly Roy Deluxe Set 5 inch
Robocar Poli's rescue headquarters playset
Shopee.com.my
5.0
RM366.66
Robocar Poli's rescue headquarters playset
-36%
[Robocar Poli] Only Track exclusively for Robocar Poli playset
Shopee.com.my
5.0
RM70.79 RM110.61
[Robocar Poli] Only Track exclusively for Robocar Poli playset

Leave a Reply