KUALA LUMPUR: Beg tangan wanita dipercayai milik Nur Farah Kartini Abdullah ditemukan dalam operasi pencarian bahan bukti yang dijalankan di Sungai Trolak Kampung Batu, Perak, semalam.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan penemuan bahan bukti tersebut.

“Ya. Beg wanita yang ditemui itu dipercayai kepunyaan mangsa,“ katanya ketika dihubungi media hari ini.

Media tempatan sebelum ini melaporkan usaha mencari baki bahan bukti dijalankan berdekatan Sungai Trolak, Perak.

Lokasi tersebut terletak kira-kira 20 minit daripada ladang kelapa sawit berdekatan Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor yang menjadi kawasan pencarian bahan bukti sebelum ini.

Pencarian bahan bukti di sebuah parit di ladang kelapa sawit itu sebelum ini menemukan telefon pintar dipercayai milik mangsa.

Mayat Nur Farah Kartini, 25, dijumpai di kawasan ladang kelapa sawit berkenaan kira-kira 6 petang pada Isnin, selepas bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu dilaporkan hilang sejak 10 Julai lepas.

Susulan itu, seorang lelaki berusia 26 tahun yang juga seorang anggota polis bertugas di Perak kini direman hingga 22 Julai ini untuk membantu siasatan kes terbabit di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Jenazah Nur Farah Kartini selamat dikebumikan petang tadi di Tanah Perkuburan Kampung Nyiur Manis, Pekan, Pahang.



Source link

-70%
Poly Pac Eco Friendly Korean Style Canvas Tote Bag - XO9312 / XO9213
Shopee.com.my
5.0
RM6.00 RM20.00
Poly Pac Eco Friendly Korean Style Canvas Tote Bag - XO9312 / XO9213
-71%
Sonnet By Poly Pac 20" 24" 28" Elegant Style Anti-Theft Zipper Expandable Hardcase Luggage w TSA Lock - XA9277
Shopee.com.my
5.0
RM129.00 RM460.71
Sonnet By Poly Pac 20" 24" 28" Elegant Style Anti-Theft Zipper Expandable Hardcase Luggage w TSA Lock - XA9277
Poly Blackwire 3320 USB Type-A / Type-C Corded Headphone Stereo On-Ear Headset
Shopee.com.my
4.9
RM294.00
Poly Blackwire 3320 USB Type-A / Type-C Corded Headphone Stereo On-Ear Headset
-50%
Giordano & W.Polo By Poly Pac 18” Business Travel Backpack Laptop Bag with Trolley Wheels - GN9253R / WN1808R
Shopee.com.my
4.9
RM199.50 RM399.00
Giordano & W.Polo By Poly Pac 18” Business Travel Backpack Laptop Bag with Trolley Wheels - GN9253R / WN1808R

Leave a Reply