Rakaman video tular memaparkan seorang lelaki memandu secara berbahaya di stesen minyak di Damansara Damai pada Selasa.

PETALING JAYA – Polis membuka kertas siasatan berhubung kes video yang memaparkan seorang lelaki memandu secara berbahaya selepas ditegur orang awam kerana tindakannya menghisap rokok di kawasan stesen minyak di Damansara Damai di sini pada Isnin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintenden M Hussin Sollehuddin Zolkifly berkata, pihaknya mengesan satu video tular di media sosial pada jam 8 pagi.

“Video tular berkenaan memaparkan seorang individu sedang berjalan ke kenderaan yang diletakkan di kawasan stesen minyak sambil menghisap rokok.

“Lelaki itu kemudian ditegur oleh orang awam, sebelum dia bertindak melakukan provokasi dengan memandu secara berbahaya dan menghalang laluan kenderaan orang awam tersebut,” ujarnya.

M Hussin Sollehuddin berkata, kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak melakukan tindakan yang akan membahayakan nyawa, merosakkan harta benda atau keselamatan orang lain.

“Kita menyeru mana-mana saksi yang melihat atau mempunyai maklumat berkenaan kejadian itu diminta tampil membuat laporan polis.

“Orang ramai juga menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Inspektor Muhammad Hisyam Azih di talian 017-7378704 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya ditalian 03-79662222,” katanya.

Source link

-70%
Poly Pac Eco Friendly Korean Style Canvas Tote Bag - XO9312 / XO9213
Shopee.com.my
4.9
RM6.00 RM20.00
Poly Pac Eco Friendly Korean Style Canvas Tote Bag - XO9312 / XO9213
-81%
Sonnet By Poly Pac 20" 24" 28" Elegant Style Anti-Theft Zipper Expandable Hardcase Luggage w TSA Lock - XA9277
Shopee.com.my
5.0
RM105.09 RM553.11
Sonnet By Poly Pac 20" 24" 28" Elegant Style Anti-Theft Zipper Expandable Hardcase Luggage w TSA Lock - XA9277
HDPE Poly Fitting Poly Pipe Connector MTA/FTA/Male Bend/Female Bend/Male Tee/Female Tee 20mm 25mm 32mm
Shopee.com.my
4.9
RM1.30

Leave a Reply