Bekas Perdana Menteri Muhyiddin Yassin sekali lagi mengecam kerajaan perpaduan pimpinan Pakatan Harapan (PH) yang didakwanya gagal menangani masalah kekurangan beras tempatan di pasaran.

Bercakap dalam temu bual dengan sebuah akhbar harian, katanya, isu seumpama itu tidak akan dibiarkan berlarutan jika gabungan Perikatan Nasional (PN) yang diterajuinya berkuasa.

“Isu beras tempatan hilang, sampai hari ini tak selesai, tetapi kalau Program Rahmah (anjuran kerajaan) ada pula beras tempatan.

“Orang tanya mana pergi beras tempatan, tak terjawab sampai la hari ini.

“Kalau PN berkuasa, mungkin dalam tempoh sebulan kita dah selesaikan masalah ini,” kata Muhyiddin kepada Sinar Harian dalam program temu bual eksklusif baru-baru ini, di laman Facebook petang tadi.

Pengerusi PN itu berkata demikian ketika menjawab soalan yang dikemukakan berhubung dakwaan pembangkang dilihat lemah.

Muhyiddin yang menafikan tanggapan itu berkata PN telah menjalankan peranannya sebagai pembangkang dengan menyuarakan isu rakyat, termasuk kenaikan kos sara hidup.

Bagaimanapun, katanya, kerajaan yang gagal mendengar dan menangani masalah itu.

Muhyiddin turut menimbulkan keraguan terhadap usaha kerajaan menangani isu bekalan beras tempatan.

“Ini apa sebab? Apakah kerajaan bersekongkol dengan  pihak pengilang atau pengedar (beras) dan sebagainya?

“Apa yang kerajaan buat? Tak ada penyelesaian sampai hari ini. (Siapa) kata kita (PN) tak bersuara?

“Dah bersuara selalu tetapi kerana kerajaan lemah,  takkan sebab kerajaan lemah, maka dikaitkan dengan  soal pembangkang yang lemah,” katanya.

Semasa temu bual itu, Muhyiddin menyatakan kepercayaannya bahawa kemarahan orang ramai terhadap kegagalan Putrajaya menangani masalah rakyat  akan dapat dilihat pada pilihan raya umum akan datang.

Katanya, rasa tidak puas hati itu, ditambah pula dengan ketidakpercayaan orang Melayu terhadap DAP, akan diterjemahkan dengan kemenangan yang memihak kepada PN.

“Adakah orang Umno yang sokong Umno itu akan terus sokong? Dia dah lihat kesan gabung itu wujudnya DAP. 

“Sikap mereka dan timbul banyak kebimbangan ramai rakyat Melayu Islam tentang campur tangan mereka. Nak kata campur tangan pun, memang mereka dah berkuasa.

“Dan sebab kekuasaan yang ada, mereka gunakan kedudukan mereka untuk pengaruhi untuk ikut dasar mereka, dan dasar mereka kita tau tak secocok dasar Bersatu atau dasar Umno atau dasar PAS dan dasar orang Melayu.

“Saya fikir akan sampai ketika masa pilihan raya hal ini akan terlerai,” kata Muhyiddin.



Source link

-10%
Yana KOAI KOAI CHIA̍H PN̄G Complete & Balanced Pack for Cat 100g / Cat Wet Food Canned / Cat Main Meal 乖乖吃饭 严选超肉感主食餐包
Shopee.com.my
5.0
RM12.50 RM14.04
Yana KOAI KOAI CHIA̍H PN̄G Complete & Balanced Pack for Cat 100g / Cat Wet Food Canned / Cat Main Meal 乖乖吃饭 严选超肉感主食餐包
Pineng Powerbank (30000mAh/20000mAh/10000mAh) PN861PD/PN878pd/PN881pd/PN702/PN873/PN798/PN799/PN876/PN830/PNPN831/PN739
Shopee.com.my
4.9
RM26.90
Pineng Powerbank (30000mAh/20000mAh/10000mAh) PN861PD/PN878pd/PN881pd/PN702/PN873/PN798/PN799/PN876/PN830/PNPN831/PN739
Pineng PN939/PN932/PN733 20000Mah / PN931/PN965/PN732 10000Mah PowerBank PN939/PN936
Shopee.com.my
4.9
RM25.80
Pineng PN939/PN932/PN733 20000Mah / PN931/PN965/PN732 10000Mah PowerBank PN939/PN936

Leave a Reply