KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merafak sembah tahniah kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Istiadat Pertabalan yang berlangsung hari ini.

“Semoga Allah SWT memberkati pemerintahan Duli Tuanku serta terus berada pada kedudukan paling tinggi dalam Perlembagaan negara, seiring fungsi institusi diraja sebagai pelindung agama Islam dan menjadi lambang perpaduan dan kesejahteraan semua kaum di negara ini,“ katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Perdana Menteri mewakili seluruh rakyat Malaysia juga menzahirkan ketaatan dan kesetiaan tidak berbelah bahagi kepada institusi Raja Berperlembagaan.

Istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 berlangsung di Balairung Seri Istana Negara hari ini, dan dihadiri ratusan tetamu termasuk Raja-Raja Melayu, Yang Dipertua-Yang Dipertua Negeri, Jemaah Menteri, komuniti diplomatik asing di negara ini dan pemimpin utama negara.

Sultan Ibrahim telah melafaz dan menandatangani Surat Sumpah Jawatan sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-17 pada 31 Jan lepas.

Anwar yang mewakili seluruh rakyat negara ini turut menzahirkan ucapan tahniah kepada Raja Zarith Sofiah sebagai Raja Permaisuri Agong.

Beliau berkata Seri Paduka Baginda juga berperanan dalam menjamin jalinan erat di antara negara di peringkat ASEAN, negara-negara Islam dan di peringkat antarabangsa

Anwar turut menzahirkan ikrar bahawa kerajaan serta rakyat akan sentiasa menumpahkan taat setia kepada Seri Paduka Baginda.

Perdana Menteri juga menzahirkan junjungan kasih kepada Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang menaungi pemerintahan dengan amanah dan secara bijaksana sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16.

Sultan Ibrahim ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 dalam istiadat penuh tradisi dan adat raja-raja Melayu di Istana Negara hari ini, yang melakar satu lagi peristiwa bersejarah dan signifikan bagi Malaysia.

Sultan Ibrahim telah melafaz dan menandatangani Surat Sumpah Jawatan sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-17 pada 31 Jan.

Ibarat peribahasa tidak lapuk dek hujan, tidak lekang dek panas. Zaman berubah, namun adat istiadat pertabalan tonggak negara yang diputerakan pada 22 Nov 1958 ini kekal dirai penuh adat, tertib dan kesantunan, baik dari segi perjalanan istiadat mahupun alat-alat kebesaran yang digunakan.

Antara yang menjadi tumpuan utama pada istiadat pertabalan ini ialah lafaz Ikrar oleh Sultan Ibrahim yang bertitah akan melaksanakan tanggungjawab dengan jujur, ikhlas dan adil serta penuh timbang rasa untuk rakyat dan negara.

Selesai sahaja Sultan Ibrahim melafazkan ikrar, Balairung Seri bergema dengan alunan lagu Nobat Tabal yang dimainkan oleh kumpulan Nobat Diraja Perak diikuti laungan Daulat Tuanku sebanyak tiga kali dan lagu Negaraku, serentak dengan tembakan meriam 21 das.

Dalam titah ucapan, Seri Paduka Baginda menzahir harapan agar kerajaan terus berusaha meringankan beban hidup rakyat serta membangunkan negara dengan lebih maju dan makmur.

Sementara itu Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam menyembahkan ucapan tahniah dan taat setia menyifatkan pertabalan Yang di-Pertuan Agong mencatat lembaran sejarah dan mengangkat martabat negara.

Beliau antara lain berkata institusi Yang di-Pertuan Agong adalah mahkota negara dan rakyat, yang mampu mengikat semangat kesatuan dan perpaduan.

“Kerajaan, (dan) rakyat berikrar sentiasa menumpahkan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong. Kerajaan terus konsisten menekankan nilai-nilai murni, pemantapan akhlak dan pengukuhan jati diri bangsa.

“Di bawah naungan Yang di-Pertuan Agong ke-17 Sultan Ibrahim, kerajaan dan rakyat akan mengharungi liku gelora ekonomi dunia melalui prakarsa baharu yang mampan,” katanya.

Selain Raja-Raja Melayu dan Permaisuri, dua tetamu diraja iaitu Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah dan isteri, Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha, serta Raja Bahrain Sheikh Hamad bin Isa Al Khalifa turut berangkat ke istiadat pertabalan hari ini.

Majlis pertabalan turut dihadiri Yang Dipertua-Yang Dipertua Negeri, Perdana Menteri, dua Timbalan Perdana Menteri dan menteri-menteri Kabinet, selain tetamu-tetamu kehormat yang terdiri daripada ketua-ketua Diplomat Asing dan pegawai-pegawai kanan kerajaan.



Source link

% Original PM Tuning Gel Badge
Shopee.com.my
5.0
RM59.99
% Original PM Tuning Gel Badge
-77%
ONE HOME Appliance Air Purifier 空氣淨化器 Home Airpurifier Anti-PM2.5 Virus Bacteria Smoke Dust Removal Cleaner Sterilizer
Shopee.com.my
4.9
RM75.50 RM343.18
ONE HOME Appliance Air Purifier 空氣淨化器 Home Airpurifier Anti-PM2.5 Virus Bacteria Smoke Dust Removal Cleaner Sterilizer
-20%
Ice Cream ❄️ PM Dulu Sebelum Order F&N Wonderful Lucky Sinwah : Coco Bar | Vanilime | Oren
Shopee.com.my
5.0
RM11.00 RM13.75
Ice Cream ❄️ PM Dulu Sebelum Order F&N Wonderful Lucky Sinwah : Coco Bar | Vanilime | Oren
[PM HARGA PROMO] Zoo Negara Termasuk Giant Panda Tiket Open Date Tiket
Shopee.com.my
5.0
RM7.50
[PM HARGA PROMO] Zoo Negara Termasuk Giant Panda Tiket Open Date Tiket

Leave a Reply