KULAI: Setiap platform media sosial perlu mempunyai moderator kandungan (content moderator) yang boleh memahami pelbagai bahasa khususnya bahasa tempatan selain bahasa Inggeris.

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching berkata, ia bagi membolehkan platform media sosial itu memantau dan memahami kandungan yang dimuat naik oleh pengguna yang berkemungkinan menyalahi undang-undang.

Katanya, ini kerana majoriti pengguna media sosial di negara ini memuat naik kandungan menggunakan bahasa tempatan sama ada bahasa Melayu, Mandarin atau Tamil berbanding bahasa Inggeris.

“Sangat penting untuk platform-platform mempunyai moderator yang fasih pelbagai bahasa tempatan, sangat susah kalau content moderator mereka bukan dari Malaysia atau tidak faham bahasa tempatan. 

“Sukar untuk mereka kenal pasti kebarangkalian jenayah yang akan berlaku di platform mereka, jadi perlulah ada moderator yang faham pelbagai bahasa tempatan selain bahasa Inggeris,” katanya kepada pemberita di Karnival Komunikasi 2024 di Hutan Bandar Putra, Kulai hari ini. 

Ditanya mengenai pemandu bas sekolah lelaki yang memuat naik kandungan dengan memanggil kanak-kanak perempuan sebagai kesayangan dan ‘crush’, Nie Ching berkata, akaun TikTok ‘Abang Bas’ telah dipadam.

Katanya, pihak kementerian akan terus bekerjasama rapat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memantau perkongsian kandungan seperti itu.

“Selepas PDRM dapat mengumpul maklumat dan semua bukti, kita telah minta platform tersebut utk turunkan kandungan tersebut. Syabas kepada PDRM kerana telah menahan pemilik akaun tersebut,” katanya.

Nie Ching yang juga Ahli Parlimen Kulai berkata, orang awam diingatkan supaya tidak sesuka hati memuat naik kandungan yang melibatkan orang lain khususnya kanak-kanak kerana perbuatan itu menyalahi undang-undang mengikut Akta Kanak-kanak 2001, selain boleh membawa kepada situasi berbahaya.

“Janganlah sesuka hati muat naik kandungan melibatkan orang lain terutamanya kanak-kanak kerana ia satu perbuatan yang tidak betul.

“Kalau ikut Akta Kanak-Kanak, tidak boleh berkongsi maklumat atau wajah yang boleh disalahgunakan dan mengundang bahaya, orang luar akan tahu di mana anak itu berada, di mana dia bersekolah dan sebagainya.

“Sebab itu, kita selalu nasihatkan kepada semua pihak termasuk ibu bapa berfikir dahulu kandungan ingin dimuat naik. Kecanggihan kecerdasan buatan (AI), deep fake boleh menyebabkan kandungan itu disalah guna,” katanya. – UTUSAN

Source link

-62%
MIKAZE - ABBY Fashion Platform Japanese Style PU Leather Mary Jane Casual High Heels Shoes
Shopee.com.my
4.8
RM18.70 RM50.54
MIKAZE - ABBY Fashion Platform Japanese Style PU Leather Mary Jane Casual High Heels Shoes
-84%
HEUS Hianvito Platform Boots (Ready Stock)
Shopee.com.my
4.8
RM29.60 RM185.00
HEUS Hianvito Platform Boots (Ready Stock)
-80%
READY STOCKWEBEE Boots Bonnie Women korean style Fashion Casual Platform Martin Thick Sole Strap Casual Oxford Shoes
Shopee.com.my
4.9
RM20.30 RM101.50

Leave a Reply