PKNS mengumumkan bahawa sebahagian daripada 34.4 hektar tanah milik pemaju Kerajaan Negeri di Siera Alam akan dikekalkan sebagai kawasan hijau dalam projek pembangunan Siera Alam yang akan bermula tidak lama lagi.

PKNS menyatakan bahawa pembangunan di kawasan tersebut, yang akan dilaksanakan secara berperingkat, telah menerima permit kelulusan daripada Jabatan Kejuruteraan Majlis Bandaraya Shah Alam sebelum memulakan kerja tanah.

“Pembangunan fasa pertama telah bermula sejak Mac yang dijangkakan siap pada tahun 2026. Fasa pertama melibatkan 61.3 hektar tanah yang akan dibangunkan untuk kediaman dan lot-lot komersial manakala selebihnya adalah kemudahan utiliti.

“Sementara itu, kerja-kerja tanah dan infrastruktur utama masih dirancang untuk fasa kedua pembangunan Siera Alam seluas 79.7 hektar. Fasa kedua ini juga akan membangunkan projek kediaman, komersial, utiliti dan rekreasi termasuk memelihara kawasan hijau 34.4 hektar.

Pemaju menyatakan sejajar dengan usaha untuk menyokong penurunan karbon sebanyak 45 peratus menjelang tahun 2030 dan net zero karbon pada tahun 2050, korporasi ini, sebagai agensi pembangunan hartanah Kerajaan Negeri Selangor, akan memberikan penekanan kepada alam sekitar yang dipandu oleh prinsip ESG.



Source link

Leave a Reply