Jika mahu pilih lampu untuk rumah, office dsb, pilih warna berdasarkan aktiviti kawasan.
Warna lampu atau ‘light temperature’ dikategorikan dari warm – kekuningan kpd cold- putih kebiruan menggunakan unit K (Kelvin).
Bila kita nak tentukan cahaya lampu yg sesuai, rujuk ni.
Dari carta K itu, biasanya 3 cahaya lampu yg dipilih adalah
– warm white, 3000k
– daylight (white), 5000k
– cool white, 6500k
Warm white sesuai utk ruang yg perlukan cahaya selesa utk rehat diri spt bilik tidur, ruang tamu. Ada juga pilih cahaya yg lebih kuning, warm,2700k
Semasa tentukan cahaya ruang, boleh juga sediakan option cahaya lebih warm kpd feature lamp atau kpd lampu katil, lampu lantai yg dipasang apabila semua cahaya lampu lain ditutup.
Option cahaya lampu ini mudahkan penglihatan malam dan juga tidak ganggu org yg sedang tidur.
Manakala white atau disebut daylight sbb seakan mirip kpd cahaya matahari siang, sesuai bagi kws luar spt koridor, foyer atau yard
Cool white pula banyak digunakan bagi tempat kerja yg perlu cahaya putih sedikit kebiruan utk lebih fokus dan mudah membaca.
Kredit: maryamhyahya (X)