KUALA LUMPUR: Bandar raya yang serba dinamik, Kuala Lumpur bersedia untuk berubah merah dengan kegembiraan apabila pertempuran legenda ‘Battle of the Reds’ bersejarah akan berlangsung untuk pertama kalinya di ibu negara Malaysia pada 27 April 2024 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Dipersembahkan oleh AllStar Sports Sdn. Bhd. (AllStar Sports), bersama dengan Maybank dan Tune Protect Group sebagai penganjur bersama. JBL, Spritzer dan ST Rosyam Mart sebagai penaja platinum, dan Nuuna sebagai penaja emas, acara ini menjanjikan spektakel bola sepak epik, mempertontonkan pemain legenda dari Manchester United dan Liverpool di Malaysia untuk pengalaman yang tidak dapat dilupakan oleh peminat mereka.

Di dalam sidang media, mejlajui kehadiran En. Noor Azlan Abu Bakar, Pengarah Pembangunan Perniagaan Malaysia Convention & Exhibition Bureau (MyCEB) mewakili En. Azman Haji Tambi Chik, Ketua Eksekutif MyCEB, penganjur acara sukan, AllStar Sports, ACO Media dan World Football Legends (WFL), berjanji satu acara bola sepak luar biasa untuk peminat bola sepak Malaysia.

Wakil Teddy Sheringham dari Manchester United dan John Arne Riise dari Liverpool menyuarakan keghairahan mereka untuk perlawanan yang akan datang, berkongsi kegembiraan mereka tentang bertemu peminat di Kuala Lumpur. Kedua-dua pasukan dipersiapkan untuk memikat penonton Malaysia dengan persembahan cemerlang mereka.

En. Raf Yaakob, Pengarah Projek AllStar Sports, menekankan keunikan acara ini, meramalkan sambutan yang luar biasa dari peminat bola sepak Malaysia.

“Pertemuan legenda Manchester United dan Liverpool ini akan menjadi yang pertama dalam sejarahnya. Peminat akan bergembira menyaksikan pemain idola mereka kembali bertindak di padang, membangkitkan kenangan indah mengenai pemain hebat ini.

“Kali terakhir Liverpool berada di sini Kuala Lumpur adalah pada tahun 2015 semasa perlawanan persahabatan menentang pasukan Malaysia XI manakala Manchester United terakhir datang pada 2009 untuk perlawanan persahabatan menentang pasukan Malaysia XI,” kata Raf.

Tiket untuk acara ini akan boleh dibeli dalam minggu yang akan datang, dengan harga antara RM78 hingga RM1,888 untuk tempat duduk VIP. Tambahan pula, barangan eksklusif acara juga akan boleh dibeli secara dalam talian.

Bersempena dengan acara sukan bersejarah ini, AllStar Sports telah berganding bahu dengan Persatuan WeCareJourney untuk melancarkan ‘Art For Rare’, sebuah inisiatif CSR yang mempromosikan enam karya seni yang memaparkan tandatangan Teddy dan John, akan dijual untuk mengumpulkan dana bagi NGO tempatan.

Sebagai tanda komitmen yang mendalam, penganjur kejohanan telah berjanji untuk menyumbangkan 100% hasil jualan 376 tiket, setiap satu bernilai RM108, untuk menyokong Persatuan WeCareJourney.

Jangan lepaskan pertembungan sejarah ini antara gergasi bola sepak, kerana ia menandakan satu peristiwa bersejarah untuk peminat bola sepak Malaysia!

Untuk maklumat lanjut mengenai acara ini, sila layari laman Facebook AllStar Sports.



Source link

ITBM Protein Untuk Tubuh Yang Sihat
Shopee.com.my
5.0
RM20.00
ITBM Protein Untuk Tubuh Yang Sihat
ITBM Air dan Serat Untuk Tubuh Yang Sihat - Angela Royston
Shopee.com.my
5.0
RM20.00
ITBM Air dan Serat Untuk Tubuh Yang Sihat - Angela Royston
ITBM Lemak Untuk Tubuh Yang Sihat - Jillian Powell
Shopee.com.my
5.0
RM20.00
ITBM Lemak Untuk Tubuh Yang Sihat - Jillian Powell
ITBM 5 Langkah Untuk Kehamilan Yang Sihat Dan Selamat
Shopee.com.my
5.0
RM20.00
ITBM 5 Langkah Untuk Kehamilan Yang Sihat Dan Selamat
ITBM Protein Untuk Tubuh Yang Sihat
Shopee.com.my
5.0
ITBM Protein Untuk Tubuh Yang Sihat
ITBM Air dan Serat Untuk Tubuh Yang Sihat - Angela Royston
Shopee.com.my
5.0
ITBM Air dan Serat Untuk Tubuh Yang Sihat - Angela Royston
ITBM Lemak Untuk Tubuh Yang Sihat - Jillian Powell
Shopee.com.my
5.0
ITBM Lemak Untuk Tubuh Yang Sihat - Jillian Powell
ITBM 5 Langkah Untuk Kehamilan Yang Sihat Dan Selamat
Shopee.com.my
5.0
ITBM 5 Langkah Untuk Kehamilan Yang Sihat Dan Selamat

Leave a Reply