BARU-BARU INI, beberapa orang di Kelantan menyertai pertandingan yang agak unik, menguji bakat lakonan mereka untuk merebut hadiah pertama sebanyak RM500.
Beberapa video TikTok acara ini menunjukkan 25 peserta, lelaki dan wanita, berbaris di atas pentas, bersaing untuk melihat siapa yang boleh menangis dengan paling baik semasa acara Expo Kelantan.
Untuk meremangkan suasana, penganjur memainkan muzik latar yang sedih agar peserta dapat merasai emosi yang mendalam.
Di dalam video tersebut, pengacara dilihat menghulurkan mikrofon kepada sebahagian peserta supaya penonton boleh mendengar tangisan mereka yang ‘menang’.
Menurut Sinar Harian, seorang lelaki dari Tumpat berjaya meraih tempat pertama dan membawa pulang duit hadiah RM500.
Khabarnya, ini bukan kali pertama pertandingan menangis diadakan di negeri ini, sudah memasuki siri keempat. Siapa sangka, kelak taik leleh pun boleh jadi pemenang!
Pengurus acara Expo Kelantan, Muhamad Nur Amin Che Nor Asri, menyatakan bahawa pertandingan ini pernah diadakan di Kuala Krai dan Bachok, dan beliau tidak menyangka video acara ini akan menjadi tular sehingga hampir satu juta tontonan di media sosial.
Dia juga menambah, hadiah kedua dan ketiga adalah RM300 dan RM100 masing-masing, manakala peserta lain menerima hadiah saguhati. Betul-betul meriah, kan?