Pernahkah anda perasan bahawa pemenang pingat gangsa biasanya lebih gembira daripada pemenang pingat perak di akhir pertandingan 😅
Pemenang pingat perak berfikir, “Adoi… sikit lagi saya hampir menang pingat emas.”
Pemenang pingat gangsa pula berfikir, “Fuhh lega- sekurang kurangnya saya mendapat pingat.”
Secara idealnya, pemenang pingat perak sepatutnya lebih gembira daripada pemenang pingat gangsa.
Pingat perak dimenangi selepas kekalahan, tetapi pingat gangsa dimenangi selepas kemenangan. Mungkin ini yang mempengaruhi pemikiran kita tanpa sedar.
Sebenarnya, perkara ini juga berlaku dalam kehidupan kita, kita tidak menghargai apa yang kita miliki tetapi berasa sedih dengan apa yang kita TIDAK MILIKI.
Paling penting tidak perlu membanding bandingkan kejayaan dan pencapaian orang lain. Setiap hari anda maju ke hadapan adalah hari kemenangan yang perlu dihargai.