Jika dilihat kini semakin banyak penyanyi berkumpul membuat kemunculan semula namun pastinya tak semua individu terlibat dapat kembali bersama.

Penyanyi dan pelakon Watie Sadali mengakui pernah menolak pelawaan untuk menyertai Gegar Vaganza musim kelima (GV5) bersama kumpulan Elite.

Rupanya ia adalah disebabkan oleh nasihat suaminya, pelakon Joey Daud yang bimbang Watie bakal menjadi bahan umpatan lapor Kosmo! Online.

“Memang kawan-kawan dalam kumpulan Elite cuba sedaya upaya untuk pujuk saya terutamanya Azza. Saya tahu dia sentap dengan saya.

“Tetapi Joey tak izinkan saya ikut serta. Takkan saya nak lawan cakap suami. Joey beritahu saya tak perlu nak malukan diri sendri kerana perlu sedar dengan kemampuan diri sebagai penyanyi.

“Dia cakap dia kenal isteri dia macam mana. Dia takut saya tak boleh berhadapan dengan kritikan serta kecaman,” katanya seperti dipetik Kosmo Online.

Jelasnya selepas dia melihat komen ditinggalkan netizen kepada tiga ahli kumpulan Elite, dia mengakui kebenaran kata-kata suaminya.

“Kesian juga dengan Elite kerana hanya tiga orang sahaja ketika itu. Tetapi bila difikirkan semula, memang betul apa yang dikatakan oleh suami saya.

“Berjuta orang yang akan menonton. Saya pula seorang yang berjiwa lemah. Kalau orang cakap macam-macam boleh jadi ‘anxiety’. Nak tidur boleh terngiang-ngiang komen-komen juri.

“Saya rasa saya telah buat keputusan yang tepat dengan menolak tawaran untuk turut serta,” ujarnya.

Pada masa sama dia kagum dengan suaminya yang tak cepat melatah selepas dikritik juri Famili Duo musim ke-4.

“Saya melihat sendiri apa yang dilalui oleh Joey sepanjang pertandingan. Saya melihat kekecewaan serta kesedihan dia.

“Tapi saya sangat kagum dengan dia kerana dia tidak melenting ataupun membantah segala kritikan yang dilemparkan kepadanya biarpun dirinya tidak buat kesalahan seperti yang diperkatakan,” tambahnya.

Baca juga: Hutang Mara: Che Ta akan keluar kenyataan ‘sebenar-benarnya’, dakwa ada yang tak sahih?

Source link

-5%
Kerana Takdir Tak Pernah Mungkir. Penulis Fedtri Yahya. Tentang Kita Empire.
Shopee.com.my
5.0
RM46.06 RM49.00
Kerana Takdir Tak Pernah Mungkir. Penulis Fedtri Yahya. Tentang Kita Empire.
-28%
Novel Pynat Mouri - Terindah Pernah Ada / Bitter Sweet Mr. Batrachus - Pynat Mouri
Shopee.com.my
5.0
RM20.90 RM29.03
Novel Pynat Mouri - Terindah Pernah Ada / Bitter Sweet Mr. Batrachus - Pynat Mouri
Muhammad SAW, Insan Paling Sempurna Pernah Dilahirkan / Susunan Dr. Kamilin Jamilin
Shopee.com.my
5.0
RM32.65

Leave a Reply