SEJAK revolusi penstrukturan baharu pengurusan bola sepak negara didedahkan oleh Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim, nama pengendali seperti Esteban Solari dan Tsuyoshi Otsuki dikaitkan dengan Harimau Malaya.
Sebelum ini, Tunku Ismail yang juga pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT) berkongsi bahawa skuad negara bakal mempunyai jurulatih dan pengarah yang sedang mengumpul data pemain Malaysia di Liga Super.
Selepas pelbagai nama jurulatih dikaitkan, kini bekas pemain kebangsaan Malta iaitu John Paul Hutchinson pula dikatakan semakin hampir untuk mengisi kerusi panas ditinggalkan Kim Pan-gon itu.
BACA LAGI: Hanya berlatih di pantai, Timor Leste dah cukup syukur jika dapat seri lawan Harimau Malaya
BACA LAGI: Dua bintang akan tiba? TMJ cadang Bergson, Hidalgo penyelesaian peledak Harimau Malaya
Perkembangan terkini itu disahkan sumber portal tanah air, Scoop yang mendedahkan bahawa jurulatih berusia 44 tahun dari Australia berkenaan akan bergelar ketua jurulatih skuad negara.
Untuk rekod, John Hutchinson sedang mengurus kelab daripada Liga Jepun (J1), Yokohama F. Marinos dan sedang mendahului dalam saingan Kumpulan A Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE).
Sekiranya John Hutchinson bakal mengemudi Harimau Malaya, boleh dikatakan skuad kebangsaan berada di tangan yang tepat susulan sejarah menarik hidupnya sepanjang bergelar jurulatih;
1) Berada di bawah bimbingan nama besar termasuk legenda Liverpool
John Hutchinson bekerja bersama Kewell ketika menjadi pembantu jurulatih pada musim 2024. — Agensi
John Hutchinson memulakan kariernya dalam kejurulatihan dengan belajar daripada orang yang tepat apabila dia berguru dengan beberapa nama besar seperti Harry Kewell, Ange Postecoglu dan Kevin Muscat.
Jurulatih Tottenham Hotspur iaitu Postecoglu dan John Hutchinson bekerjasama ketika mengendalikan Yokohama F Marinos pada musim 2021. Meskipun hanya seketika bersama, namun gaya permainan 4-3-3 Ange mempengaruh Hutchinson.
Selain Postecoglu, John Hutchinson juga mendapat ilmu daripada legenda Liverpool iaitu Kewell. Bekas pemain Central Coast itu bekerja bersama Kewell ketika menjadi pembantu jurulatih pada musim 2024.
Kewell mengendalikan Yokohama selama tujuh bulan dan digantikan John Hutchinson pada Julai 2024 dan menyaksikan pasukan itu menghuni tangga kesembilan dan kedudukan pertama ACLE, mengutip 13 mata.
2) Pernah malukan kelab Dion Cools
Fakta mengujakan mengenai Hutchinson ialah apabila melakar kemenangan besar ke atas jaguh Thailand, Buriram United FC apabila Yokohama merekodkan 5-0 dalam aksi Kumpulan A ACLE pada 6 November lepas.
Buriram United pada babak pertama perlawanan sudah dibolosi tiga gol selepa Kenta Inoue membuka tirai jaringan seawal minit ke-11 permainan. Diikuti sepakan penalti Anderson Lopes sebelum Neil Etheridge membolosi gawang sendiri untuk gol ketiga Yokohama.
Bersambung aksi di babak kedua, Yokohama FM melebarkan kedudukan dengan jaringan keempat sekali lagi menerusi Anderson Lopes pada minit ke-57 permainan. Asahi Uneka menjaringkan gol kelima sekali gus memberikan tiga mata buat Yokohama FM.
Kebolehan Yokohama di bawah kendalian John Hutchinson pastinya memberi keyakinan kepada penyokong Harimau Malaya bahawa pengendali itu mampu menjinakkan pasukan Thailand jika membimbing Malaysia.
3) Pernah kendalikan bekas pemain Arsenal
Miyaichi (tengah) cemerlang bersama Yokohama. — Agensi
Bukan hanya bekerjasama dengan beberapa pengendali terkemuka, John Hutchinson juga berpengalaman menguruskan bintang kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) Arsenal iaitu Ryo Miyaichi.
Miyaichi menjadi anak didik Hutchinson ketika penyerang kanan itu beraksi untuk Yokohama sejak musim 2021. Sebelumnya, Miyaichi beraksi dari musim 2011 hingga 2015 untuk Arsenal namun khidmatnya banyak dipinjamkan kepada beberapa kelab.
Dalam tempoh tersebut, pemain kelahiran Jepun tersebut merekodkan 18 penampilan secara keseluruhan, termasuk empat daripadanya dalam saingan ACL Elite. Bimbingannya itu sedikit sebanyak mengembalikan keyakinan Miyachi di atas padang.
Ini menunjukkan Hutchinson mempunyai pengalaman mengendalikan seseorang dengan pengalaman luas di peringkat antarabangsa, sekali gus menyebabkannya tidak berdepan sebarang masalah untuk membimbing pemain kebangsaan.
Bagaimanapun, berdasarkan latar belakang skuad Harimau Malaya, terdapat kemungkinan masalah akan timbul untuk mencipta keserasian di dalam bilik persalinan seperti mana dapat disaksikan tahun-tahun kebelakangan ini. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram