Rancang untuk pulang ke kampung halaman sempena Deepavali ini? Ada berita baik untuk anda! Kementerian Kerja Raya mengumumkan perjalanan tanpa tol sempena sambutan hari raya!
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, mengumumkan bahawa perjalanan tanpa tol akan bermula dari 12.01 pagi pada 29 Oktober 2024 (Selasa) hingga 11.59 malam pada 30 Oktober 2024 (Rabu). Inisiatif ini bertujuan untuk memudahkan masyarakat Hindu India yang pulang ke kampung untuk menyambut Deepavali. Yang bagusnya, bukan hanya pemandu Hindu saja yang dapat menikmati kemudahan ini, tetapi semua pemandu termasuk pengguna pelbagai lebuh raya juga!
Perjalanan tanpa tol ini khusus untuk kenderaan persendirian (Kelas 1) dan akan dilaksanakan di semua lebuh raya, kecuali tol di sempadan negara. Ini termasuk plaza tol seperti Bangunan Sultan Iskandar (Lebuh Raya Utara-Selatan) dan Tanjung Kupang (Lebuh Raya Kedua Malaysia-Singapura) di Johor. Datuk Seri Alexander mengingatkan agar pengguna yang ingin memanfaatkan lidar tol ini merancang perjalanan dengan baik dan mematuhi semua peraturan yang berkenaan.
Pastikan anda merancang sebaik mungkin! Dalam waktu yang sama, bersiaplah untuk menghadapi kesesakan lalulintas. Sila ikut nasihat waktu perjalanan untuk membantu perjalanan anda berjalan dengan lancar. Selain itu, semak juga keadaan kenderaan anda dan pastikan kad Touch ‘n Go serta e-Wallet anda mempunyai baki yang mencukupi supaya anda tidak terjebak dalam kesesakan di lebuh raya.
Jangan lupa untuk semak status trafik di media sosial sebelum dan semasa perjalanan anda. Ini dapat membantu anda merancang laluan alternatif jika perlu. Kami harap semua yang dalam perjalanan pulang untuk Deepavali akan sampai dengan selamat dan lancar. Selamat menyambut hari raya!
Sumber: The Star, Facebook
Ikuti kami di Instagram, Facebook atau Telegram untuk lebih banyak kemas kini dan berita terkini.