Telah berlangsung pada hari ini acara Perhimpunan Bulanan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bertempat di Auditorium Parcel E, Putrajaya. Acara ini telah disempurnakan oleh Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek.
Dalam ucapan beliau, YB Menteri Pendidikan telah menyentuh mengenai reformasi pendidikan yang sedang diusahakan Kementerian menerusi penubuhan enam jawatankuasa petugas khas. Ini termasuk pengstrukturan semula sistem prasekolah, intervensi kurikulum, Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), pendidikan digital dan Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI).
Agenda reformasi pendidikan yang sedang berjalan memerlukan kerjasama berpasukan dan sokongan semua pihak di setiap peringkat bagi memastikan matlamat pendidikan yang lebih baik tercapai.
#7TerasKPM
#MalaysiaMADANI
#PendidikanManusiawi
Pihak KPM juga perlu mendengar suara hati guru di sekolah