KERAJAAN memberi bayangan akan menghentikan pemberian subsidi dalam sektor pendidikan kepada anak golongan kaya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, perkara itu antara menjadi keutamaan dalam Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada 18 Oktober depan.

Menurutnya, adalah tidak adil dan munasabah sekiranya subsidi pendidikan yang sepatutnya dimanfaatkan oleh rakyat miskin turut dinikmati anak golongan elit.

Sebelum ini, Anwar mengambil langkah menghentikan pemberian subsidi elektrik dan haji kepada golongan T20.

Selain itu, pengapungan harga ayam dan penyasaran subisi diesel turut dilaksanakan dalam usaha kerajaan mengurangkan ketirisan subdisi.

Pada masa sama, Anwar berkata, pengagihan dana perlu dilaksanakan secara adil terutama di kawasan yang terpencil dengan kadar kemiskinan tertinggi.

Bagaimanapun, Jurucakap MCA, Saw Yee Fung berkata, cadangan berkenaan perlukan perincian dan garis panduan jelas sebelum dilaksanakan.

Ujarnya, ia berikutan sistem pendidikan dalam negara ketika ini tidak mengkategorikan sekolah berdasarkan pendapatan isi rumah.

Sinar Harian mendapatkan pandangan orang ramai berkenaan isu ini. Ada yang bersetuju dan tidak bersetuju dengan inisiatif tersebut atas alasan tersendiri.

SOKONG

Hak pendidikan lebih adil untuk semua

Saya setuju dengan inisiatif yang bakal dilaksanakan kerajaan seperti diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana majoriti sekolah kluster dan elit dimonopoli golongan kaya.

Ibu bapa memilih untuk menghantar anak-anak ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) atau sekolah berasrama penuh (SBP) kerana mereka mampu membayar tuisyen dan tutor yang mahal bagi mendapat tempat di sekolah terbaik ini.

Mungkin inisiatif PMX ini adalah untuk memastikan ibu bapa berpendapatan tinggi membayar yuran sepenuhnya jika menghantar anak ke institusi berkenaan tanpa sebarang potongan atau ditanggung kerajaan.

Usaha tersebut memberi lebih banyak manfaat kepada individu yang memerlukan kerana masih terdapat segelintir pelajar cemerlang tidak mampu melanjutkan pelajaran kerana kekangan kewangan.

Kekurangan pendidikan dapat membawa kepada masalah sosial yang lebih besar, seperti peningkatan jenayah dan kemiskinan, yang seterusnya memberi kesan kepada keseluruhan masyarakat.

Selain itu, lebihan peruntukan dalam bidang pendidikan ini juga boleh digunakan untuk institusi pendidikan meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran melalui penyediaan kemudahan yang lebih baik, latihan guru dan sumber pendidikan yang mencukupi.

Carlos Rafael

Carlos Rafael

Pemilik perniagaan, Carlos Rafael, 35

Subsidi disalur lebih telus kepada golongan memerlukan

Saya setuju kerana mengurangkan subsidi kepada golongan mahakaya adalah jalan terbaik pihak kerajaan dalam memastikan subsidi kerajaan disalurkan secara telus dan tepat kepada golongan miskin dan yang memerlukan.

Golongan B40 dan miskin bandar juga perlu diberi perhatian dengan kos sara hidup di bandar yang kian meningkat saban tahun secara tidak langsung memberi kesan kepada kos pendidikan anak-anak mereka.

Subsidi yang disalahgunakan ini mengurangkan peluang golongan B40 mendapat tempat di sekolah terbaik Malaysia.

Sekiranya golongan maha kaya ini berminat dalam menghantar anak-anak mereka ke sekolah-sekolah tersebut, kerajaan perlu meneliti semula sistem kuota atau perlu melaksanakan perubahan semula.

Jia Wei

Jia Wei

Pelajar, Siew Jia Wei, 22

BANGKANG

Golongan kaya berhak merasai hasil bayaran cukai

Biarlah dalam bidang pendidikan, kita bagi peluang untuk anak-anak merasai faedah daripada cukai yang dibayar tanpa mengira latar belakang sama ada dari keluarga B40, M40 mahupun T20.

Dalam mendidik, kita seharusnya menyampaikan ilmu tanpa mengira siapa pun pelajar yang dididik.

Bila kita kaji semula ada keluarga dari golongan M40 yang pendapatan mereka berbeza sebanyak RM100 hingga RM500 sahaja dengan keluarga daripada golongan B40.

Selain itu, negara kita juga mengalami kenaikan kos sara hidup dan kos lain yang perlu ditanggung setiap keluarga.

Hal ini akan memberi impak terhadap pendidikan apabila ibu bapa tidak dapat menanggung kos pendidikan yang makin hari makin tinggi, di mana anak mereka perlu membeli buku latihan yang banyak, pakaian sekolah dan yuran berkaitan.

Diharapkan, orang ramai cuba untuk melihat isu ini dari sudut pandang yang pelbagai sebelum mengeluarkan kata putus mengenai apa yang dilalui orang lain.

Hanya kerana mereka M40, tidak bermakna mereka mampu menanggung kos pendidikan sepenuhnya. Kalau seorang, mungkin tiada masalah tetapi kalau lima orang anak di bangku persekolahan pasti terkesan juga.

Muhammad Nukman

Muhammad Nukman

Penjawat awam, Muhammad Nukman Md Rodzi, 25

Tanda penghargaan kepada pelajar cemerlang

Saya bukan tidak setuju sepenuhnya tetapi ada subsidi yang kita boleh berkongsi dengan semua golongan contohnya apabila melibatkan pendidikan di peringkat sekolah.

Bagi saya, ia boleh dianggap sebagai penghargaan daripada kerajaan kepada pelajar yang cemerlang tanpa mengira status pendapatan keluarga pelajar berkenaan.

Namun, di peringkat pengajian tinggi pula kerajaan perlu memberikan subsidi kepada pelajar miskin atau tidak mampu kerana ramai yang tidak sambung belajar atas faktor kekangan kewangan.

Pendidikan yang baik adalah kunci kepada pembangunan sumber manusia, jadi subsidi membolehkan lebih ramai individu menerima pendidikan berkualiti seterusnya menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi dan kemajuan sosial.

Selain itu, dengan sokongan kewangan, institusi pendidikan dapat melabur dalam penyelidikan dan inovasi serta menghasilkan idea dan teknologi baharu yang bermanfaat untuk masyarakat.

Subsidi dalam pendidikan penting dalam membentuk masa depan masyarakat dan negara dengan memastikan pendidikan berkualiti dapat dinikmati oleh semua.

Nurshuhada

Nurshuhada

Pekerja swasta, Nurshuhada Hassim, 25

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!



Source link

Wali Songo | Seputar Makrifatullah | Perdebatan
Shopee.com.my
5.0
RM2.02
Wali Songo | Seputar Makrifatullah | Perdebatan
-10%
Sangkar Saksi Novel Perdebatan Aksi Mahkamah
Shopee.com.my
5.0
RM45.00 RM50.00
Sangkar Saksi Novel Perdebatan Aksi Mahkamah
Perdebatan Malaikat Tertinggi , Amalan-amalan Penghapus Dosa yang Mengangkat derajat Seorang Muslim
Shopee.com.my
5.0
RM18.79
Perdebatan Malaikat Tertinggi , Amalan-amalan Penghapus Dosa yang Mengangkat derajat Seorang Muslim
Perdebatan Malaikat Tertinggi, Kupasan Hadits oleh Al-Hafiz Ibn Rajab Al-Hanbali rahimahullah
Shopee.com.my
5.0
RM19.00
Perdebatan Malaikat Tertinggi, Kupasan Hadits oleh Al-Hafiz Ibn Rajab Al-Hanbali rahimahullah

Leave a Reply